Sadam Arffain Bunga Kantan Sadam Arffain Bunga Kantan

10 tahun tanam Bunga Kantan: Petani ini kongsi rahsia kejayaan RM8,000/bulan dan tips tanam

Menyambut 10 tahun ulang tahun menanam bunga kantan, seorang petani berkongsikan kisah perjalanan hidupnya tempuhi pelbagai cabaran sebelum berjaya. Ia bermula dengan hasratnya untuk menyara keluarga dan akhirnya menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Perkongsian Sadam Arffain boleh menjadi motivasi kepada yang lain tentang potensi pertanian untuk jadi sumber pendapatan.

Sadam Arffain Bunga Kantan

Ada yang tak kenal bunga kantan?

Bunga kantan adalah bahan yang sangat lazim diguna dalam masakan di Malaysia disebabkan aroma dan rasanya. Bahan ini biasa ditemui dalam nasi kerabu sebagai ulam ataupun terus dimasukkan ke dalam hidangan masak asam bersama-sama daun kesum.

Sadam Arffain Bunga Kantan

Perit jerih menjaga ladang bunga kantan

Selama 10 tahun, Sadam Arffain menghadapi cabaran yang turun naik. Ada kalanya tanaman terkena penyakit, ataupun bila tibanya waktu kemarau tumbuhan perlukan pengairan tambahan, ataupun gangguan tumbuhan dan makhluk perosak yang lain.

Walau bagaimanapun, dengan kesabaran dan pembelajaran yang berterusan, dia memperkaya ilmu berbakti kepada tanah, hari demi hari.

Antara kunci kejayaan yang digariskannya adalah melakukan kaedah penanaman dua fasa. Fasa pertama adalah mendapatkan benih secara komersial.

Fasa kedua adalah penggunaan pokok sedia ada sebagai sumber benih untuk mengurangkan kebergantangunan kepada benih komersial dan secara langsung mengurangkan kos serta menjimatkan masa.

Tanah seekar, peroleh RM8,000 sebulan

Ladang bunga kantan memang menguntungkan, jika betul penjagaannya. Dia kongsikan yang untuk setiap ekar tanah, sehingga 1000 pokok boleh ditanam sekiranya menggunakan grid jarak tanaman 2m x 2m.

Setiap pokok yang matang boleh mengeluarkan beberapa tunas bunga seminggu ataupun sehingga 20 jika kematangan berada di puncak.

Sadam Arffain Bunga Kantan

Dia memetik bunga kantan setiap 4 hingga 7 hari untuk memastikan bunga yang dituai, masih belum mekar sepenuhnya bagi menjaga kualiti dan harga pasaran.

Pada segi harga, peraih mengambilnya antara RM0.80 hingga RM1.50 setiap bunga dan boleh pergi sehingga RM2.50 apabila tiba waktu perayaan.

Anggaran ringkas saudara Sadam adalah tanah seekar tersebut boleh menjana sekitar RM8,000 sebulan, cukup untuk menyara di sekeluarga.

Satu perkara menarik dengan ladang bunga kantan Sadan adalah dia tidak menggunakan racun rumpai kimia, semua dilakukan secara semula jadi. Berikut adalah tips-tips berguna yang dia kongsikan.

Tips tanam bunga kantan daripada 10 tahun pembelajaran

  • Jarak pokok: Guna sistem grid 2m x 2m untuk pertumbuhan optimum dan kemudahan sewaktu menuai. Kepadatan pokok adalah sehingga 1,000 untuk setiap ekar.
  • Kitaran menuai: Pokok mula keluarkan bunga selepas 1 tahun, putik bunga boleh dituai setiap 4 hingga 7 hari untuk optimumkan kualiti dan kuantiti
  • Pembajaan: Guna baja NPK 16-16-16 setiap 3 bulan dan NPK 13-40-13 setiap tahun untuk hasil maksimum
  • Pengairan: Siram setiap hari untuk 30 hari pertama sekiranya musim kemarau. Bergantung kepada air hujan sekiranya musim hujan.
  • Pembendungan tumbuhan perosak: Guna kaedah permakultur – guna sungkupan untuk kurangkan kos dan jaga ekosistem
  • Penjagaan pokok: Pangkas setiap 3 bulan, gunakan hasil pangkasan sebagai sungkupan untuk kembalikan semula nutrien kepada tanah
  • Pemasaran: Fokus penjualan kepada pengusaha F&B terutamanya yang menjual masakan tradisional Melaysia
  • Kos pengurusan: Jangkakan kira-kira RM1,000/tahun/ekar sebagai kos pengurusan.

Kesabaran membungakan hasil

Keberhasilan Sadan Arrffain mengusahakan ladang bunga kantan selama 10 tahun mencerminkan tahap kesabaran tingginya, kefleksibelannya menyesuaikan diri, dan kejayaan amalan bertani yang lestari.

Buat yang berminat untuk menceburkan diri dalam pertanian sebagai sumber pendapatan sampingan malahan yang utama, bunga kantan adalah satu potensi yang boleh diceburi.

Sumber: Sadam Arffain

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *