Router Internet rumah anda terdedah kepada serangan siber sekiranya tidak berjaga-jaga. Salah satu saluran serangan adalah melalui peranti rumah pintar IoT seperti CCTV, soket pintar, TV dan sebagainya. Pendek kata, apa-apa yang bersambung kepada Internet, boleh jadi gerbang untuk penggodam tembusi.
TP-Link, nama yang tak asing dalam produk perangkaian berkongsikan 5 tips penting untuk pastikan rangkaian rumah kekal selamat. Tak kisahlah sama ada anda guna router Unifi, Time, atau apa sahaja, maklumat ini untuk anda.
Pastikan firmware router versi terkini
Telefon Android dan iPhone ada kemas kini berkala. Sistem operasi laptop dan komputer pun ada kemas kini berkala. Router Internet juga pastinya ada. Menjalankan firmware terbaharu pastikan segala kerentanan yang dikenal pasti boleh ditampal sebelum dieksploitasi oleh penggodam.

Kebanyakkan router, kemas kininya adalah secara automatik. Namun sekiranya anda ingin periksa, kemas kini manual juga boleh dilakukan. Berikut adalah laman rasmi untuk muat turun firmware secara manual untuk jenama-jenama terkenal:
Tukar password default router
Semua perkakasan router datang dengan username dan password default dan ia sama untuk semua unit. Jadi, kalau anda tinggalkan maklumat log masuk pada keadaat default, ia mudahkan penggodam untuk menceroboh sistem anda.

Jadi, silalah log masuk ke portal selenggara router dan tukar maklumat log masuk. Amalan baik untuk buat kata laluan adalah seperti:
- campuran huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol
- tidak gunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun
- guna password manager macam 1Password ataupun Bitwarden
- terap amalan ini untuk semua, bukannya untuk router sahaja
Pasang Antivirus di peranti
Serangan biasanya akan bermula daripada peranti yang terdedah. Contohnya telefon atau komputer yang sering diguna melayari laman web. Untuk elakkan daripada jadi pintu serangan, antivirus adalah penting. Antara perlindungan yang perlu ada adalah seperti:
- antivirus, pembersih malware
- penghalang ransomware
- firewall
- penyulitan data

kebanyakkan PC sudahpun ada Windows Defender, tapi kalau nak perlindungan tamabahan, boleh anda pertimbangkan Bitdefender, ESET, ataupun Kaspersky.
Pasang Firewall di router
Firewall bertindak seperti roadblock. Ia boleh tapis trafik masuk dan keluar. Selain di peranti, TP-Link turut sarankan hidupkan firewall di router untuk lapisan perlindungan yang lebih menyeluruh kerana firewall di router akan melindungi semua peranti yang bersambung pada rangkaian. Antar ayang boleh dikawal adalah seperti:
- akses terhadap website tertentu
- perlindungan daripada serangan denial-of-service (DoS)

Buang peranti yang tak digunakan daripada rangkaian
Peranti lama tapi masih berada dalam rangkaian ada risiko diserang kerana tiada lagi tampalan keselamatan disalurkan kepadanya. Maka dengan sebab itu, lebih baik keluarkan daripada rangkaian sebelum dieksplotasi oleh penggodam. Secara berkala, anda perlu audit peranti yang ada dalam rangkaian, takut-takut ada peranti “hantu” yang menjadi parasit.

Satu aplikasi yang boleh digunakan adalah Wifiman. Aplikasi ini boleh dipasang di telefon dan anda boleh lihat semua peranti yang ada dalam rangkaian yang sama.
Sumber: DigitalTrends