Bateriku terima Maybank Treatpoints beli bateri kereta Bateriku terima Maybank Treatpoints beli bateri kereta

Bateriku kini terima Maybank TreatsPoints

Berita baik buat pemegang kad kredit Maybank. Bateriku kini menerima pembayaran pembelian bateri Astra menggunakan Maybank TreatPoints. Jadi, anda bolehlah gunakan servis penukaran bateri on-demand mereka tanpa bayar satu sen pun. Tentu sekali mata TreatPoints anda kini lebih berharga daripada biasa.

Berdasarkan video promosi yang mereka utuskan di laman Facebook, program penebusan Treatpoint untuk beli bateri Bateriku tertakluk kepada terma dan syarat.

Saya sudahpun bertanyakan tentang T&C ini kepada Bateriku. Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada jawapan daripada pihak mereka. Namun, ia berkemungkinan besar adalah T&C program Maybank Treats-on-the-spot yang boleh anda rujuk di laman rasmi Maybank.

Terma dan Syarat Bateriku Maybank Treats-on-the-spot

Sebelum anda bergegas ke Bateriku untuk tebus Treatpoints, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Tak semua kad Maybank layak untuk guna Treats-on-the-spot kerana ada kad yang tak layak pun dapan sebarang Treatpoints.

Kad Maybank yang layak terima treatpoints:

  • Semua Kad Kredit MasterCard dan Visa Maybank dan Maybank Islamic (tidak termasuk kad Corporate Cardmembers).
  • Semua Kad Kredit dan Caj American Express Maybank dan Maybank Islamic (tidak termasuk kad Corporate Cardmembers).
  • Semua kad Prabayar Maybank

Untuk pengetahuan anda, Kad Debit tak lagi termasuk dalam senarai layak terima Treatpoints sejak 1 Mac 2015.

Yang menarik, penebusan separa juga dibenarkan. Maknanya, anda boleh top-up nilai Treatpoints yang tak cukup dengan wang tunai. Menurut laman Maybank, kadar tukaran adalah RM1 untuk setiap 500 Treatpoints dan anda beroleh 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Bateriku terima Maybank Treatpoints beli bateri kereta

Bateriku bukanlah pertama yang manfaatkan program Maybank Treats-on-the-spot untuk penebusan servis berkaitan kereta. Lim Tayar ada tawarkan program ini untuk lebih banyak servis termasuklah penukaran minyak enjin, bateri, tayar, dan banyak lagi.

Bateriku kini terima Maybank TreatsPoints! Tebus mata ganjaran anda untuk tukar bateri kereta tanpa guna wang tunai. Ketahui cara tebus sekarang.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *