Ini cara tukar tarif ToU guna portal MyTNB Ini cara tukar tarif ToU guna portal MyTNB

Ini cara tukar tarif ToU guna portal myTNB

Berita baik, seperti yang dimaklumkan TNB tempoh hari, pengguna kini boleh mula memohon penukaran tarif elektrik ke Time-of-Use (ToU) terus daripada portal myTNB bermula 1 Ogos 2025. Untuk rujukan, setakat diperkenalkan untuk pengguna domestik bermula 1 Julai 2025, tarif ToU hanya boleh dipohon secara manual di Kedai Tenaga ataupun dengan cara mengisi borang dan hantar ke emel rasmi TNB.

Cara mohon tarif ToU melalui portal MyTNB

Apabila anda log masuk ke portal MyTNB, pilihan untuk bertukar ke ToU akan dipaparkan di halaman rumusan untuk akaun yang layak. Butang berwarna hijau dan bertulis Switch To ToU boleh anda tekan untuk mulakan proses penukaran daripada tarif Domestik Am.

Proses pemohonan cuma perlu mengikut arahan di atas skrin termasuklah pada peringkat pemilihan tarif yang dikehendakkan. Pada peringkat akhir pemohonan, anda akan diminta untuk memuat naik salinan kad pengenalan sebagai pengesahan pemegang akaun.

Untuk permohonan diproses, bayaran setem sebanyak RM10 juga akan dikenakan ke dalam bil bulan berikutnya dan ia akan dikenakan setiap kali penukaran tarif dilakukan. Jadi, sekiranya anda ingin kembali daripada tarif ToU ke domestik am, RM10 juga akan dikenakan.

Perlu anda maklum juga yang permohonan melalui aplikasi myTNB masih belum ada. Jadi, setakat hari ini, anda bolehlah melog masuk ke portal MyTNB melalui pelayar web telefon untuk lakukan permohonan.

Apa itu Tarif ToU TNB?

Ini adalah skim baharu yang diperkenalkan untuk pengguna domestik. Tarif ToU berikan kadar berbeza, masih lagi tertakluk kepada bracket 1,500kWh seperti tarif Domestik Am, namun ada satu lagi pemboleh ubah iaitu waktu guna sama ada dalam waktu puncak ataupun luar waktu puncak.

Bawah tarif ToU TNB, ada dua zon masa:

  • Waktu Puncak: Isnin–Jumaat, 2:00 PM hingga 10:00 PM
  • Luar Waktu Puncak: 10:00 PM hingga 2:00 PM keesokan hari, sepanjang hari Sabtu, Ahad, dan 15 hari kelepasan tertentu.

Kadar caj tenaga ToU:

  • Waktu Puncak 28.52 sen/kWh (≤1,500kWh) 38.52 sen/kWh (>1,500kWh)
  • Luar Waktu Puncak 24.43 sen/kWh (≤1,500kWh) 34.43 sen/kWh (>1,500kWh)

15 hari kelepasan yang dapat tarif ToU Luar Waktu Puncak:

  • Tahun Baharu
  • Hari pertama Tahun Baharu Cina
  • Hari kedua Tahun Baharu Cina
  • Hari pertama Hari Raya Aidilfitri
  • Hari kedua Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Pekerja
  • Hari Wesak
  • Hari Keputeraan YDP Agong
  • Hari Raya Aidiladha
  • Awal Muharram
  • Hari Kemerdekaan
  • Hari Malaysia
  • Maulidur Rasul
  • Hari Deepavali
  • Hari Krismas

Perbandingan Tarif Am vs. ToU TNB

Jika anda mampu rancang penggunaan dengan bijak, skim Domestik ToU TNB sangat menjimatkan kerana kadarnya adalah serendah 24.43 sen/kWh berbanding tarif Domestik Am 27.03 sen/kWh.

Siapa Sesuai Guna ToU?

Pemilik EV: Caj kereta di rumah pada waktu malam boleh jadi jauh lebih murah.Pengguna pintar: Mereka yang boleh ubah rutin penggunaan ke luar waktu puncak.Perniagaan kecil: Seperti bakeri atau pencetakan yang boleh pindah operasi ke waktu malam/hujung minggu.

  • Pemilik EV: Caj kereta di rumah pada waktu malam boleh jadi jauh lebih murah.
  • Pengguna pintar: Mereka yang boleh ubah rutin penggunaan ke luar waktu puncak.
  • Perniagaan kecil: Seperti bakeri atau pencetakan yang boleh pindah operasi ke waktu malam/hujung minggu.

Cara mohon tarif ToU TNB

Pelanggan TNB yang berminat untuk langgan tarif ToU ini, mereka perlu lakukan pemohonan secara manual. Satu syarat penting yang perlu dipenuhi adalah, rumah pengguna perlulah dilengkapi meter pintar (smart meter).

Sekiranya tidak, permohonan masih boleh dilkakukan. Namun, tempoh untuk kuat kuasakan tarif ToU akan jadi lama kerana TNB perlu naik taraf meter bukan pintar kepada meter pintar dahulu.

Tempoh untuk penukaran tarif ToU buat yang ada meter pintar adalah kira-kira 5 hari bekerja menurut TNB sementara untuk yang tiada meter pintar, anggaran selama 2 bulan ditetapkan untuk proses naik taraf.

Sumber: Portal MyTNB