Bil TNB luar biasa tinggi? Penjelasan TNB Bil TNB luar biasa tinggi? Penjelasan TNB

Bil elektrik Julai 2025 anda luar biasa tinggi? Ini penjelasan TNB

Sekarang tengah kecoh di ruangan maya apabila netizen ramai yang mengadu bahawa aplikasi myTNB mereka tunjukkan harga bil elektrik semasa yang luar biasa tinggi. Perkara ini lantas cetuskan spekulasi bahawa struktur tarif baru elektrik, sama ada domestik am ataupun ToU, adalah mencekik. Sehubungan dengan itu, TNB telah mengutuskan penjelasan.

APP myTNB hadapi masalah teknikal

Menerusi saluran Facebook, TNB mengesahkan yang terdapat isu teknikal yang melanda sistem mereka. Isu tersebut menyebabkan paparan graf bila semasa tidak tepat untuk bacaan Julai. Oleh hal yang demikian, pihak TNB katanya telah padamkan graf tersebut daripada aplikasi sehingga dibaik pulih.

Walau bagaimanapun, TNB beri jaminan yang pengiraan penggunaan elektrik pelanggan mereka tidak akan terjejas. Pelanggan akan terima bil sebenar apabila tiba kitaran bil masing-masing.

Pelanggan akan dapat 2 bil elektrik untuk Julai 2025

Lagi tentang tarif baru TNB, ada pengguna di TikTok yang bekerja sebagai pembaca meter berkongsikan satu info menarik. Menurut beliau, untuk Julai 2025, pelanggan akan terima bil yang lebih panjang daripada biasa.

@riderkilowatt

Korang akan dapat 2 helai bil untuk bulan julai..perbezaan tarif lama dan tarif baru.. #meterreader #abgapi #tnb #fyp

♬ Vibes – ZHRMusic

Hal ini kerana, bil untuk bulan tersebut akan mengandungi dua bahagian pengiraan iaitu bil yang dikira berdasarkan tarif lama dan bil yang dikira berdasarkan tarif baru. Penjelasannya adalah kitaran bil untuk setiap pelanggan TNB adalah tidak sama.

Contohnya, sekiranya kitaran bil pelanggan adalah setiap 25 hari bulan, maka 5 hari dalam bulan Jun akan dikira berdasarkan tarif yang lama dan 20 hari selebihnya dikira berdasarkan tarif yang baru. Anda boleh lihatnya dalam aplikasi myTNB juga.

Buat yang terlepas berita, bermula 1 Julai 2025 TNB telah kuat kuasakan struktur tarif baru. Pengguna domestik kini ada dua pilihan tarif yang boleh mereka gunakan iaitu domestik am dan domestik ToU. Beza antara dua tarif itu adalah, tarif domestik am kenakan tarif rata tanpa mengira waktu manakala domestik ToU kenakan tarif berbeza mengikut zon waktu puncak dan luar waktu puncak.

Untuk bacaan lanjut, anda boleh baca artikel-artikel kami yang terdahulu.

Jika anda ada pertanyaan lanjut atau ingin semak status bil, anda boleh hubungi TNB melalui:

Bacaan berkaitan

Sumber: TNB

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan