Bateriku ada, tak perlu pening nak pilih bateri Bateriku ada, tak perlu pening nak pilih bateri

5 Jenis bateri kereta, kekurangan & kelebihannya

Bateri kereta ada banyak jenis. Dulu kita dengar orang isi air bateri, kini tak lagi kerana bateri kereta kini telah maju dan berteknologi canggih. Bateri kereta 12V sekarang ada banyak jenis dan berbeza-beza atara satu sama lain. Walaupun tugas mereka sama iaitu bekalkan kuasa pada peralatan elektronik kereta, beza pada segi rekaan dalaman, prestasi, dan ketahanannya akan berikan pengalaman guna berbeza.

Nak tukar bateri kereta tapi takut tersalah pilih jenis? Baca artikel ini.

Flooded Lead-Acid Battery (FLA) – Pilihan klasik dan termurah

Bateri kereta jenis Flooded Lead-Acid (FLA) juga lebih dikenali sebagai bateri basah. Ini adalah bentuk bateri antara yang terawal untuk automotif. Di dalam bateri FLA terkandung elektrolit campuran asid sulfurik dan air. Sesetengah bateri FLA perlukan penyelenggaraan berkala seperti menuang masuk air suling.

Bateri kereta jenis FLA

Oleh sebab itu, salah satu kelemahan bateri FLA adalah ia mesti berada dalam kedudukan tegak sentiasa untuk elakkan cecair di dalamnya tertumpah. Kemudian, jangka hayat bateri ini lebih pendek berbanding jenis yang lebih moden. Maka dengan sebab itu, bateri FLA adalah yang termurah dalam senarai ini.

Kereta-kereta lama ataupun kereta moden yang tak banyak kelengkapan elektronik kompleks, sesuai gunakan bateri FLA.

Enhanced Flooded Battery (EFB) – Lebih teguh & sokong ciri Start-Stop

Bateri versi FLA yang ditambah baik dikenali sebagai Enhanced Flooded Batteries (EFB). Ia tetap gunakan elektrolit campuran asid sulfurik dan air tetapi rekaan kepingan besi anod dan katod telah ditambah baik untuk sokong fungsi Start-Stop kereta lebih moden dan miliki kitaran nyahcas lebih dalam.

Bateri kereta jenis EFB

Kalau kereta Axia AV ataupun Bezza AV anda ada ciri Start-Stop, anda kena guna sekurang-kurangnya bateri EFB. Jangka hayat bateri EFB lebih panjang berbanding FLA dan kereta yang guna FLA pun boleh terima manfaat daripada EFB.

Bateri Absorbent Glass Mat (AGM) – Untuk kereta moden dan canggih

Satu tangga di atas EFB adalah bateri jenis Absorbent Glass Mat (AGM). Helaian kaca di dalam bateri AGM diletakkan di antara kepingan-kepingan besar anod/katod yang tugasnya menyerap elektrolit seperti span, tapi dalam masa yang sama tidak menjejaskan fungsi bateri.

Bateri kereta jenis AGM

Kelebihan AGM berbanding EFB dan LFA adalah elektrolitnya kalis tumpah dan tidak perlu penyelenggaraan. Kita lebih kenalinya sebagai bateri kereta jenis maintenance free. Kereta continental macam BMW, Audio, Mercedes-Benz banyak gunakan bateri jenis ini.

Sekiranya bateri kereta asal anda adalah AGM, pastikan untuk gantikan dengan jenis bateri yang sama.

Bateri kereta gel – Jarang nampak, tapi stabil

Beralih kepada bateri jenis maintenance free seterusnya adalah bateri jenis gel. Ia masih gunakan binaan asas bateri iaitu ada kepingan besi anod/katod serta elektrolit bateri. Bezanya dengan jenis AGM adalah elektrolit bateri jenis lebih baharu ini ada dalam bentuk jeli.

Bateri kereta jenis gel

Jadi, bateri gel sangat tahan gegaran dan popular diguna untuk kenderaan jenis off-road seperti jip dan motosikal. Sungguhpun begitu, prestasi pembekalan tenaganya tak setinggi AGM dan tak sesuai untuk kereta yang perlukan arus tinggi (CCA) sewaktu cold start.

Bateri Lithium Iron Phosphate (LiFePO₄) – Ringan dan tahan lama

Bateri kereta LiFePO₄ adalah teknologi terkini dalam dunia automotif. 4 bateri sebelum ini adalah berasaskan plumbum dan asid tapi bateri terkini gunakan sebatian Lithium Iron Phosphate. Bateri jenis ini jauh lebih ringan daripada bateri kereta konvensional dan hadir dengan Battery Management System (BMS) sebagai komponen keselamatan.

Bateri kereta jenis Lithium

Walau bagaimanapun, tak banyak kereta yang menyokong bateri jenis ini dan memerlukan pendawaian dan sistem kereta yang lebih canggih. Tambahan pula, Kekurangan bateri Lithium adalah, prestasinya boleh dipengaruhi suhu. Suhu terlalu rendah boleh menjejaskan kapasiti bateri dan ada antara kereta yang dilengkapi bateri Lithium ada sistem pemanasnya yang tersendiri.

Hanya guna bateri Lithium sekiranya anda tahu yang kereta anda sokongnya.

Jadi, bateri kereta apa yang sesuai untuk anda?

Kereta yang tiada ciri start-stop system dan tak banyak barang elektronik canggih, FLA sudah memadai sekiranya bajet anda terhad. Tapi sebaiknya, gunakan EFB dan AGM yang maintenance free.

Kereta mewah biasanya datang dengan bateri AGM dan kereta berprestasi tinggi mungkin datang dengan bateri Lithium untuk jimatkan berat keseluruhan kereta. Motosikal ataupun kereta off-road sesuai untuk guna bateri jenis gel kerana kenderaan ini dibawa masuk hutan dan terumbang-ambing.

Kalau tak pasti, anda boleh tanya bengkel kereta berhampiran untuk saranan, ataupun tanya Bateriku.com.

Bateriku mereka ada kedai di Shopee untuk anda dapatkan bateri kereta dengan mudah. Kalau nak mudah dan pantas, anda boleh dapatkan servis penukaran secara on-demand terus di aplikasi mudah alih (Android, iOS) ataupun layari laman rasmi Bateriku untuk panggil juruteknik mereka.