Anda yang akan berjalan ke Eropah tak lama lagi, artikel ini untuk anda. Ia mengandungi maklumat tentang pas Internet roaming terbaik untuk anda langgan sewaktu berada di sana. Bolehlah tanda artikel ini untuk rujukan kemudian dan jadikannya sebagai sebahagian daripada itinerary anda.
Pas Internet roaming CelcomDigi
CelcomDigi ada penawaran pas Internet roaming paling banyak dalam kalangan telco, ada 5 semuanya:
- 3-Day Internet Pass
- 3-Day Unlimited Roaming Pass
- 7-Day Unlimited Roaming Pass
- 14-Day Unlimited Roaming Pass
- 30-Day Unlimited Roaming Pass

Penawaran telco ini didapati terbaik dan paling unik. Contohnya, kelajuan capaian untuk penggunaan melebihi kuota diselaraskan kepada 1Mbps sedangkan telco lain turunkan kepada 512kbps. CelcomDigi juga menyekalikan In-Flight Roaming yang bermakna anda boleh gunakan Internet dalam kapal terbang yang terpilih.
Pas Internet roaming Hotlink
Maxis dan Hotlink ada tiga pilihan pas perayauan dengan pelbagai tempoh sah, nombor dua paling banyak selepas CelcomDigi. 3 pas tersebut adalah:
- 1 Day DataRoam Pass
- 15 Days Multi-Country DataRoam Pass
- 30 Days Multi-Country DataRoam Pass

Penawaran Maxis/Hotlink adalah seimbang kerana ada yang tempoh sah 1 hari, 15 hari, dan 30 hari. Kuota sehingga 40GB ditawarkan namun tak boleh saingi penawaran CelcomDigi sebab pelan 30 harinya berikan sejumlah 60GB.
Pas Internet roaming U Mobile
U Mobile tawarkan dua pilihan kepada pengembara ke Eropah untuk Internet roaming. Mereka boleh pilih sama ada pas harian ataupun 30 hari. Harga untuk pas harian agak mahal pada RM38/day sedangkan pas 3 hari CelcomDigi hanya berharga RM28.

Walau bagaimanapun, pas 30 hari U Mobile adalah yang kedua termurah selepas Hotlink. Pada harga RM115, anda dapat 2GB setiap hari dengan pilihan untuk add-on sebanyak 2GB pada harga RM10.
Pas Internet roaming Unifi Mobile
Tak macam U Mobile, Unifi Mobile lain pula ceritanya. Mereka ada pas harian tapi tiada pas 30 hari. Yang kurang menarik, pas 7 hari mereka adalah yang paling mahal iaitu RM69 sedangkan CelcomDigi tawarkannya pada harga RM58 dan berikan kuota lebih banyak.

Pas Internet roaming Yes 5G
Pas Internet roaming Yes 5G paling tak menarik. Mereka hanya ada pas harian RM38 dan anda cuma dapat kuota sebanyak 500MB sahaja.

Perbandingan pas Internet roaming telco Malaysia
Jadual di bawah saya susun semua pas Internet roaming untuk ke Eropah daripada semua telco utama Malaysia. Ia disusun daripada harga paling rendah hingga yang paling tinggi.

Pas Internet roaming terbaik untuk Eropah
Penawaran pas Internet roaming untuk Eropah daripada telco utama Malaysia nyata berbeza-beza. CelcomDigi ada pilihan yang paling banyak sementara Yes 5G paling sedikit.
Semua pelan dengan tempoh sah 1 hari daripada semua telco saya rasakan mahal kerana untuk RM38 anda hanya dapat 500MB data sahaja. Untuk perjalanan singkat, CelcomDigi 3-Day Internet Pass adalah yang terbaik sebab ia beri anda kuota 4GB dan panggilan suara 15 minit.
Perjalanan kurang daripada 7 hari, anda boleh pertimbangkan CelcomDigi 7-Day Unlimited Roaming Pass RM58. Ia berikan kuota berkelajuan tinggi 2GB/hari dan kalau lebih penggunaan, kelajuan dikurangkan kepada 1Mbps. Pelan Uni5G Roam 7-Day adalah yang paling tak best sebab ia bagi data 500MB sahaja.
Perjalanan antara 7 hari dan 15 hari, anda boleh pertimbangkan CelcomDigi 14-Day Unlimited Pass ataupun Hotlink 15 Days Multi-Country DataRoam Pass yang masing-masing boleh dibeli pada harga RM98 dan 75.
Perjalanan lebih 15 hari, anda ada tiga pilihan iaitu:
- CelcomDigi 30-Day Unlimited Roaming Pass
- Hotlink 30 Days Multi-Country DataRoam Pass
- U Mobile Multi-Day Roaming
Jadi apa pendapat anda? Pas roaming mana anda pakai untuk kembara Eropah anda?