TNB Tarif ToU vs. Domestik Am: Guna kalkulator ini untuk lihat yang mana lebih jimat TNB Tarif ToU vs. Domestik Am: Guna kalkulator ini untuk lihat yang mana lebih jimat

TNB ToU vs Domestik Am: Guna kalkulator ini untuk banding penjimatan

Bermula Julai 2025, pengguna elektrik TNB ada pilihan untuk langgan tarif Domestik Am ataupun Time-of-Use (ToU). Domestik Am adalah tarif dengan kadar rata sepanjang hari sementara ToU ada kadar boleh ubah iaitu penggunaan waktu puncak (peak) dan luar waktu puncak (off-peak). Kalau pening nak tukar atau tak, cuba guna kalkulator di bawah untuk dapatkan kepastian.

Tarif ToU vs. Domestik Am
Perlukah Anda Bertukar?

50%

Tarif Domestik Am: RM 0.00

    Tarif ToU: RM 0.00

      Kalkulator di atas akan bandingkan anggaran harga bil elektrik TNB untuk tarif ToU dan Domestik Am. Cara gunanya adalah anda masukkan anggaran penggunaan bulanan elektrik dan kemudian leretkan slider untuk tentukan pecahan penggunaan dalam waktu puncak berbanding luar waktu puncak. Anda boleh leret untuk lihat pada takat manakah tarif Domestik Am lebih jimat ataupun sebaliknya.

      YouTube player

      Guna 37% di waktu luar puncak untuk mula berjimat dengan tarif ToU

      Berdasarkan formula TNB, didapati yang untuk mula merasai penjimat dengan tarif ToU, sekurang-kurangnya 37% penggunaan perlu digunakan di luar waktu puncak. Untuk rujukan, zon masa untuk tarif ToU adalah seperti berikut:

      • Waktu Puncak: Isnin–Jumaat, 2:00 PM hingga 10:00 PM
      • Luar Waktu Puncak: 10:00 PM hingga 2:00 PM keesokan hari, sepanjang hari Sabtu, Ahad, dan 15 hari kelepasan tertentu.

      15 hari kelepasan yang dapat tarif ToU Luar Waktu Puncak

      • Tahun Baharu
      • Hari pertama Tahun Baharu Cina
      • Hari kedua Tahun Baharu Cina
      • Hari pertama Hari Raya Aidilfitri
      • Hari kedua Hari Raya Aidilfitri
      • Hari Pekerja
      • Hari Wesak
      • Hari Keputeraan YDP Agong
      • Hari Raya Aidiladha
      • Awal Muharram
      • Hari Kemerdekaan
      • Hari Malaysia
      • Maulidur Rasul
      • Hari Deepavali
      • Hari Krismas
      Tarif ToU waktu luar puncak

      Boleh disimpulkan yang dalam satu minggu, hanya 23% sahaja zon waktu puncak dan baki 77% adalah zon luar waktu puncak yang lebih murah tarif elektriknya. Sehubungan dengan itu, kalau anda bijak dan manfaatkan waktu tersebut, bolehlah anda maksimumkan penjimatan bil elektrik anda.