Selamat datang ke artikel senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2026. Dalam bingkisan ini, anda boleh kenal pasti perubahan yang telco bawakan pada penawaran prabayar mereka. Dengan info ini, anda bebas untuk pilih produk yang penuhi keperluan dan yang paling value-for-money.
Buat yang terlepas berita, artikel tips ini adalah kemas kini daripada versi terdahulu yang boleh anda baca dalam pautan berikut:
Senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2025: Lengkap & mudah banding ikut bajet
Saya sarankan anda untuk baca sekali imbas sebab artikel ini hanya akan fokus pada perbezaan dan pembaharuan berdasarkan artikel terdahulu.
Senarai penuh pelan Internet prabayar mengikut telco
Rajah dibawah adalah himpunan komprehensif pelan Internet prabayar telco utama Malaysia yang ada tempoh sah lebih daripada 30 hari. Setiap telco diberikan kod warna yang tersendiri untuk mudahkan anda membezakan antara penyedia perkhidmatan.
Senarai penuh pelan Internet prabayar mengikut harga
Rajah dibawah adalah himpunan komprehensif pelan Internet prabayar telco utama Malaysia yang ada tempoh sah lebih daripada 30 hari. Pelan-pelan Internet ini disusun mengikut paras harga paling murah, RM20 hinggalah ke yang paling mahal, RM180.
Apa yang baharu dengan pelan Internet prabayar Malaysia 2026?
CelcomDigi ubah penawaran mereka dengan banyak sekali. Tak harian sebab mereka adalah gabungan Celcom dan Digi dan produk prabayar mereka terbahagi kepada pek biru dan pek kuning. Berikut adalah kelainan yang boleh saya cerap:
- Pelan SpeedStream baharu diperkenal. Ia adalah SpeedStream Vision+ yang berharga RM49 dan ditawarkan untuk kedua-dua CelcomDigi Biru dan Kuning. Vision+ adalah servis penstriman daripada Indonesia.
- Didapati yang pelan SpeedStream sedia ada iaitu VIU, IQIYI, dan Disney+, had kelajuan Internetnya telah dipertingkat daripada 12Mbps kepada 48Mbps.
Telco kedua yang bawa banyak perubahan pada penawaran pelan prepaid adalah Hotlink. Berikut adalah perubahannya:
- Had kelajuan Hotlink Unlimited 25 naik daripada 6Mbps kepada 12Mbps
- Had kelajuan Hotlink Unlimited 40 naik daripada 12Mbps kepada 48Mbps
- Hotlink Unlimited 55 kini datang dengan akses Sooka percuma dan kuota Internet naik daripada 200GB kepada 400GB.
- Pelan Hotlink Unlimited 50 baharu diperkenal.
Baki telco iaitu U Mobile, Unifi Mobile, dan Yes 5G tak bawa perubahan besar. Hanya U Mobile sahaja naikkan had kelajuan U Prepaid 25 daripada 6Mbps kepada 12Mbps. Lain-lain kekal dengan penawaran sedia ada.
Layari laman rasmi produk prabayar setiap telco untuk maklumat lanjut:
- CelcomDigi (Edisi Kuning, Edisi Biru)
- Hotlink
- U Mobile
- Unifi Mobile
- Yes 5G

