nota kursus asas haji minggu 2 nota kursus asas haji minggu 2

Nota Kursus Asas Haji: Minggu 02

Kemas kini September 2025

Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober 2025. Untuk maklumat anda. Kursus Asas Haji diadakan dalam 12 minggu dengan 2 minggu terakhir wajib dihadiri secara fizikal dengan tajuk Kesihatan (Minggu 11) dan Pengurusan (Minggu 12) bagi mengelakkan kekeliruan.

KAH Minggu 02 mendukung tajuk “Fasafah dan Penyucian Jiwa, Pengenalan Ringkas Ibadat Haji & Umrah”. Berikut adalah intipati yang akan jemaah pelajari.

Talbiah:
Penjelasan tentang maksud talbiah dan konsep talbiah sebagai penunjuk kepada kesediaan, tauhid, dan keikhlasan. Jemaah turut pelajari tentang bagaimana talbiah menyucikan hati.

Hikmah dan falsafah Haji:
Haji menuntut pengorbanan, kesabaran, dan ketaatan. Tujuan utamanya membentuk ketaqwaan, persaudaraan, dan kesedaran tentang akhirat. Haji juga dianggap satu bentuk jihad bagi umat Islam.

Sejarah ringkas Haji Rasulullah:
Menerangkan Haji Wada’ dan perjalanan Baginda bersama ratusan ribu sahabat.

Kelebihan Haji dan Umrah:
Seperti pengampunan dosa, ganjaran besar, dan kedudukan sebagai Dhuyufurrahman.

Adab sebelum ke Haji:
Tekan niat ikhlas, taubat nasuha, menjaga hubungan sesama manusia, buat wasiat, cari teman perjalanan, serta memperbaiki akhlak.

Penyucian jiwa:
Perlu amal ibadah tambahan seperti qiam, sedekah, zikir, dan membaca al-Quran. Elakkan lagha dan sifat buruk.

Sifat Mahmudah dan Mazmumah:
Dua senarai lengkap tentang sifat terpuji seperti sabar, amanah, ikhlas dan sifat tercela seperti sombong, riya’, boros, mengumpat.

Amalan khurafat dan bid’ah yang perlu dijauhi:
Menyapu pintu Kaabah, mengambil kelambu Kaabah, membawa benda tertentu ketika tawaf dengan niat khusus, dan amalan syirik.

Perkara yang membatalkan syahadah:
Syirik, mempermainkan agama, percaya sihir, tolong musyrikin memerangi Islam, atau berpaling dari agama.

Soleh dan Musleh:
Bezakan antara menjadi orang baik dan orang yang menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Termasuk dalil dan ciri-ciri.

Pengenalan ringkas Haji dan Umrah:
Definisi, dalil wajib, syarat wajib, rukun, wajib, dan bezanya.

Istito’ah:
Kemampuan dari aspek kewangan, kesihatan, keselamatan, masa, kenderaan, kuota, termasuk syarat wanita perlu mahram atau kumpulan yang dipercayai.

Tingkatan Haji:
Haji Mabrur, Maqbul, Makhsus, dan Mardud.

Panduan mendapat Haji Mabrur:
Sebelum, semasa, selepas Haji. Kenal pasti rukun yang betul, larangan ihram, elak fusuq, jidal, dan menjaga amal selepas pulang.

Senarai video rujukan Kursus Asas Haji Minggu 02

Untuk alternatif, jemaah boleh muat turun versi PDF menggunakan pautan ini.

Pengertian Talbiah

Hikmah Haji dan Adab Sebelum Menunaikan Haji dan Umrah

Penyucian Jiwa dan Amalan Kurafat, Bida’ah dan Syirik

Pengertian Haji dan Umrah dan Sejarah Ringkas Haji Rasulullah SAW

Kelebihan dan Syarat Wajib Haji

Haji Mabrur

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan