Penggunaan pembersih sistem bahan api (fuel cleaner) adalah lebih cekap tenaga untuk pastikan enjin beroperasi dalam keadaan optimum. Memang RON97 mempunyai bahan tambah yang baik untuk kurangkan pengumpulan kerak karbon, harganya lebih premium dan mahal. Pembersih sistem bahan api tawarkan manfaat yang sama pada harga jauh lebih murah.
Beli fuel cleaner di Lazada
Beli fuel cleaner di Shopee
RON97 kurangkan knocking
Ia merujuk kepada satu hantaran di TikTok tentang saranan seorang pengguna. Dia cadangkan yang sesekali, RON97 juga perlu dituang ke dalam tangki kereta. Alasannya adalah kandungan oktana yang lebih tinggi dalam RON97 kurangkan pengumpulan kerak karbon dan juga kurangkan fenomena knocking.
Betul ke?
Buat masa ini, masih belum ada ujian saintifik yang sarankan untuk guna RON97 sekali-sekala. Enjin moden memang direka untuk beradaptasi dengan nombor oktana bahan api. Paling penting, petrol yang digunakan memenuhi nombor oktana minimum yang disarankan oleh pengeluar kereta.
Kisah petrol, nombor oktana, dan aditif
Semua petrol asasnya mengandungi rantaian hidrokarbon. Ia dibakar untuk gerakkan omboh dalam enjin. Dua komponen penting pada petrol adalah kandungan oktana dan bahan aditif.
Nombor oktana dalam petrol, penentu knocking
Nombor oktana adalah label yang diberikan pada jenis petrol melambangkan tahap kerintangan kepada pembakaran pramatang (knocking). Pembakaran yang ideal dalam enjin adalah apabila omboh berada di posisi paling tinggi yang menyebabkan tenaga maksimum boleh dijana bila pembakaran berlaku.
Sekiranya pembakaran pramatang berlaku, tenaga yang dijana tidak efisien lantas diterjemah kepada prestasi enjin yang tak efisien. Bukan itu saja, pembakaran tak lengkap pula hasilkan kerak karbon di atas permukaan omboh dan akhirnya turut menjejaskan kecekapan enjin.
Label RON95 pada petrol menunjukkan yang ia ada tahap rintang kepada knocking seperti campuran 95% iso-octane dengan 5% iso-octane. Lebih tinggi nombor oktana, lebih rintang petrol ini kepada pembakaran pramatang.
Aditif dalam petrol RON97, formula rahsia
Selain nombor oktana, yang membezakan petrol berlainan jenama adalah bahan tambah. Ia adalah formula proprietari dah menjadi rahsia untuk setiap jenama petrol. 3 objektif yang ingin dipenuhi melalui pertambahan aditif dalam petrol oleh pengeluar (Demirbas et al., 2015):
- Naikkan prestasi
- Pematuhan undang-undang
- Perlindungan enjin
Objektif-objektif tersebut dicapai melalui cara berikut:
- Naikkan nombor oktana – Bolehkan enjin beroperasi pada nisbah mampatan lebih tinggi tanpa knocking.
- Kurangkan kerak karbon – Pastikan nozel fuel injector dan permukaan omboh bersih daripada kerak karbon.
- Halang hakisan – Jaga komponen besi daripada terhakis.
- Kurangkan geseran – melincirkan pergerakkan omboh dalam kebuk pembakaran.
- Tambah oksigen – menambah baik kualiti pembakaran melalui pembekalan molekul oksigen tambahan.
- Antioksida & penstabil – pastikan kualiti bahan api tak terjejas sewaktu disimpan.
Kerak karbon isu lebih besar berbanding knocking
Seperti yang dikatakan tadi, dalam enjin moden, knocking adalah isu yang hampir tiada kerana enjin mampu beradaptasi dengan bahan api yang diberikan padanya.
Namun, kerak karbon (carbon deposit) adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kerak karbon terhasil daripada pembakaran tak lengkap. Ia akan terkumpul di omboh dan injap.
Jika tidak dibersihkan, ia akan sebabkan:
- knocking (pembakaran pramatang)
- kurangkan kuasa enjin
- kurangkan respons pendikit dan RPM, enjin rasa “berat”
Dalam petrol RON97 yang lebih premium, mungkin ada banyak bahan anti kerak karbon. Impak penggunaan petrol nombor oktana lebih tinggi telahpun dikaji secara saintifik (Salleh, Mahmud, Khathri, & Ismail, 2018). Dalam kajian itu, sebuah enjin 1.8L dijalankan guna RON95 dan RON97 pada RPM 1000 hingga 3000.
Berikut adalah dapatan kajian itu:
- RON97 catatkan output kuasa lebih tinggi berbanding RON95
- RON95 hasilkan karbon monoksida lebih tinggi pada RPM rendah
- Pelepasan hidrokarbon 2% lebih tinggi pada RON95
Pelepasan karbon monoksida dan hidrokarbon yang lebih tinggi menunjukkan pembakaran yang tak lengkap berlaku lebih ketara pada RON95 berbanding RON97. Ia mungkin ada perbezaan pada segi aditif yang dimasukkan pengeluar petrol.
Maka dengan sebab itu, fuel cleaner boleh kurangkan pembakaran tak lengkap pada harga lebih murah. Dalam pasaran, sebotol fuel cleaner hanya sekitar RM30/botol dan pasti lebih murah berbanding isi satu tangki penuh RON97.
Jadi, bolehlah anda amalkan untuk tuangkan fuel cleaner setiap kali selepas pertukaran minyak enjin untuk bersihkan ruangan pembakaran dalam enjin.