Kingston Dual Portable SSD: Badan kecil, storan besar, halaju tinggi

Siapa kata thumbdrive dah tak berguna. Kingston ada produk baru namanya Dual Portable SSD. Daripada maklumat teknikal, ini adalah pemacu kilat yang ditujukan untuk penyimpanan data mudah alih on-the-go yang pantas dan boleh diharapkan.

Kingston Dual Portable SSD ada hingga 2TB

Kingston Dual Portable SSD ditawarkan dalam beberapa kapasiti. Pengguna boleh dapatkan dalam varian 512GB, 1TB, ataupun 2TB. Bagusnya pemacu kilat ini adalah pada kehadiran dua penyambung iaitu USB-A dan USB-C untuk disuaikan di banyak tempat seperti laptop, desktop, Android ataupun iPhone. Pemacu ini mengguna pakai USB 3.2 Gen 2 dan ya janjikan perpindahan data sepantas 1,050MB/s (baca) dan 950MB/s tulis.

Kingston Dual USB SSD Malaysia

Dengan fizikaliti kecil, ruang storan besar, dan perpindahan data pantas, pencipta kandungan khususnya yang kendalikan video 4K boleh jalankan projek mereka terus daripada USB. Storan 2Tb boleh simpan foto dan video beresolusi tinggi, ataupun dokumen tanpa risau kehabisan ruang storan.

Badan Kingston Dual Portable SSD diperbuat daripada besi sepenuhnya. Badannya yang kompak mudahkan ia dibawa ke mana-mana lebih-lebih lagi jisimnya yang cuma 13g. Kombinasi ini pastikan beg dan ruang kerja anda kemas sentiasa bila perlu jadi digital nomad sama ada di pejabat, kafe, atau hoel.

Tips berguna Kingston Dual Portable SSD

Kingston Dual Portable SSD sangat berguna bila anda nak buat salinan pendua gambar daripada Android ataupun iPhone, kemudian nak pindahkannya ke desktop. Tiada adapter diperlukan sebab ia ada kedua-dua USB-A dan USB-C pada badannya.

Produk ini datang dengan perlindunhan jaminan terhad 5 tahun dan ia boleh digunakan pada komputer Windows 11, macOS 13.7.6+, Linux 4.4+, Chrome IS, Android, dan iOS/iPadOS 13+.

Harga jualan Kingston Dual Portable SSD adalah bermula RM521 untuk storan 512GB dan sehingga RM1,273 untuk varian 2TB.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan