Kalau beri bunga ataupun coklat terlalu klise untuk Valentine’s Day (Hari Kekasih), cuba tukar ke sesuatu yang lebih praktikal. Kingston Technology ada pelbagai potensi hadiah yang buatkan pasangan anda ingat sampai bila-bila.
Gamers tegar alami suasana bebas lag
Sekiranya individu yang ingin anda hadiahi itu seorang gamers yang pentingkan prestasi, Kingston ada barisan SSD dan RAM berkelajuan tinggi. Ia memendekkan tempoh loading lantas berikan pengalaman bermain yang lebih lancar. Contoh produk yang boleh anda pertimbangkan adalah seperti:
- Kingston FURY Renegade PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD: Storan ini ada kelajuan baca/tulis masing-masing sehingga 7,300MB/s dan 7,000MB/s. Storan yang ditawarkan adalah sehingga 4TB untuk simpan segala macam games.

- Kingston FURY Beast DDR5 RGB Memory: Modul RAM ini bukan sahaja ada kelajuan operasi tinggi, ia juga tambahkan gaya pada gaming rig anda dengan lampu RGB. Teknologi on-die ECC (ODECC) pastikan kestabilan operasi disamping dual 32-bit subchannels untuk pertingkat kecekapan.

Pencipta kandungan dapat workflow lancar
Andainya pasangan anda seorang pencipta kandungan. Contohnya, yang sunting video 4K, render grafik, ataupun kerja-kerja kreatif lain, Kingston ada solusi yang sesuai buat mereka.
- Kingston NV3 PCIe 4.0 NVMe SSD: Storan mampu milik dengan kadar perpindahan data 6,000MB/s (baca) dan 5,000MB/s (tulis) untuk aliran kerja yang licin.

- Kingston KC3000 PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD: Storan ini direka yang perlukan storan berkelajuan lebih pantas. Produk ini boleh pergi sehingga 7,000MB/s (baca & tulis) dan untuk kekal sejuk sewaktu beroperasi, ia ada penebar haba jenis alumunium graphene.

Kaki jalan takkan ketandusan storan
Pasangan yang kaki berjalan perlukan storan yang luas dan juga kemudahan untuk akses data daripada mana-mana sahaja. Untuk tujuan tersebut, Kingston tawarkan SSD luaran pelbagai saiz.
- Kingston XS1000 External SSD: Sesuai untuk dijadikan storan untuk pengguna iPhone 16 yang dapatkan storan paling kecil. Kelajuan perpindahan sehingga 1,050MB/s pastikan proses lakukan sandaran sangat pantas.

- Kingston XS2000 External SSD: Model ini berada dalam kasta lebih tinggi. Kelajuan 2,000MB/s yang ditawarnya sesuai untuk simpan video sumber 4K ataupun 8K. Ia juga kalis debu air pada tahap IP55.

Storan pada harga patut dan praktikal
Kingston juga ada solusi storan yang praktikal dan mampu milik. Untuk kegunaan biasa, DataTraveler Exodia M USB Flash Drive adalah jawapannya. Anda boleh dapatkan pendrive ini dalam storan sehingga 256GB untuk simpan lagu, video, ataupun dokumen penting.

Dapatkan satu Kingston hari ini.
Kingston ada kedai rasmi dalam talian di Shopee. Anda boleh layari laman rasmi Kingston untuk maklumat lanjut.