Amap, aplikasi navigasi yang semakin popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Ramai yang memuji akan antaramukanya yang kemas dan ciri mesra pengguna. Walau bagaimanapun, disebalik semua itu, ada juga yang menyatakan kebimbangan terhadap aplikasi daripada China ini kerana ia mengguna pakai garisan sempadan daripada kaca mata negara tembok besar itu. Banyak negara yang terkesan termasuklah Malaysia.

Sempadan China yang dituntut
Berdasarkan piawaiaan pemetaan terkini negara China, wilayah yang termasuk adalah:
- Laut China Selatan: Sebahagian besar daripada lautan termasuklah Paracel dan kepulauan Spratly.
- Ten-Dash Line: Menggantikan Nine-Dash Line, peta kini memasukkan Taiwan dan kawasan sekitar dalam wilayah China.
- Kepulauan Malaysia: Antara yang dituntut China seperti James Shoal (Beting Serupai), Beting Patinggi Ali, dan Beting Raja Jarum di Sabah & Sarawak. Ia dilabel Chian sebagai “Zēngmǔ Ànshā”
- Lain-lain wilayah tuntutan seperti India (Arunachal Pradesh, utara Ladakh/Aksai Chin), Bhutan (Doklan, Jalarlung, Pasamlung), Jepun/Taiwan (pulaun Senkaku/Diaoyu), malahan Russia (Pulau Bolshoy Ussuriysky).


Kenapa pengguna Malaysia perlu ambil tahu
Peta bukanlah sekadar alat menunjuk arah, malahan ia boleh dimanipulasi untuk membentuk persepsi. Dengan memaparkan secara jelas sempadan tuntutan, menggunakan Amap bermakna kita bersetuju dengan maklumat yang dipaparkan, walaupun ia bercanggah dengan apa yang diterima di Malaysia.
Sebagai pengguna yang berada dalam sebuah negara yang berdaulat, adalah penting bagi kita untuk mengambil maklum tentang info yang ada dalam sesuatu aplikasi. Walaupun nampak seperti sesuatu aplikasi yang tak mendatangkan kemudaratan.