ECRL lantik Maxis jadi rakan telco 10 tahun

East Coast Rail Link (ECRL) mengumumkan mereka telah melantik Maxis Berhad sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi mereka menerusi perjanjian usaha sama selama 10 tahun. Di bawah perjanjian ini, Maxis akan memenuhi perkara-perkara berikut sebagai rakan niaga ECRL:

  • Cakupan isyarat telefon di sepanjang 665km laluan ECRL.
  • Liputan rangkaian di dalam terowong dan di semua hentian.
  • Internet WiFi berkelajuan tinggi untuk penumpang.
  • Internet untuk kakitangan ECRL.

Maxis dilapor akan bekerjasama dengan U Mobile untuk membangunkan prasarana telekomunikasi bersama untuk pengendali perkhidmatan lain turut menyiarkan isyarat telco mereka.

Perkhidmatan keretapi moden tak lagi sekadar untuk mengangkut malah akan jadi koridor ekonomi setempat. Pengguna yang menaiki kereta api menjalankan pelbagai aktiviti di dalam perjalanan tak kira daripada penduduk tempatan ataupun pelancong. Oleh sebab itu, memiliki sistem komunikasi yang kukuh penting untuk kurangkan risiko kegendalaan perkhidmatan dan juga memacu pertumbuhan komersial di stesen kereta api.

Daripada kaca mata penumpang, apabila ECRL beroperasi kelak, mereka boleh jangkakan capaian Internet sentiasa ada di sepanjang perjalanan untuk mereka berkongsi perjalanan mereka dengan yang tersayang.

Sumber: Maxis

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan