Kerajaan Malaysia telah perluaskan program konsesi Bas.my untuk meliputi Tingkatan 6 dan pelatih yang meneyrtai insitut latihan milik kerajaan. Ia bolehkan dua golongan baharu ini nikmati perjalanan bas tanpa had secara percuma. Ia dikongsikan Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke sewaktu pengumuman 6 laluan baharu Bas.my untuk Kuching, Sarawak.

Sebelum ini, kad konsesi hanya tersedia untuk pelajar sekolah antara 7 hingga 18 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, dan OKU berdaftar. Dengan peluasan kategori manfaat, lebih ramai rakyat Malaysia akan menikmati kemudahan ini. Di Kuching dan Samarahan sahaja, dijangkakan ia bakal digunakan sekitar 2,350 pelajar Tingkatan 6 dan lebih 3,200 pelatih di institut latihan milik kerajaan.
Bas.my adalah inisiatif yang digerakkan kerajaan Malaysia yang kini ada di semua ibu negeri di seluruh Malaysia. Buat masa ini, sekitar 700 unit bas sedang beroperasi di bawah inisiatif ini. Di Kuching setakat April 2026 sahaja, YB Anthony Loke katakan yang kira-kira 850 ribu penumpang menggunakan Bas.my.
6 laluan baharu yang bakal berikan kemudahan kepada penduduk Kuching adalah lalaun Q11 Arang Road, Q12 Taman Hui Sing, Q13 Siburan, Q14 Summer Mall, Q15 Stuton Baru/Kuching Sentra, dan Q16 Taman Sukma.

Buat yang berminat untuk mendapatkan pas konsesi, harganya telah diturunkan daripada RM50 kepada RM30.