Kita dah sampai ke separuh kedua 2026. Tiba masanya kita lihat perubahan penawaran pelan prabayar telefon Malaysia setakat Jun 2026. Merentasi telco-telco utama negara, kita tengok pelan apa yang berubah kuota, berubah harga, atau ada pertambahan ciri baharu.

Senarai pelan Internet prabayar Malaysia 2026: Lengkap & mudah banding ikut bajet
CelcomDigi: Kuota tambah sehingga 200GB
CelcomDigi terus jadi telco yang tawarkan paling banyak pilihan pada pengguna. Mereka ada pelan 5G Hyper dan 5G Power+. 5G Hyper 35 naik kuota Internet daripada 100GB kepada 150GB tapi harga dikekalkan. 5G Power+ 55 juga kuota Internetnya naik sekali ganda kepada 400GB.
Siapa yang nak himpunkan sekali servis penstriman, CelcomDigi adalah pilihan yang baik dengan pelan SpeedStream yang masukkan servis seperti VIU, IQIYI, Vision+, Diseny+ ataupun Amazon Prime kedalam langganan.
Hotlink: Tiada lagi pelan Pantas?
Hotlink antara telco yang konsisten tawarkan pelan yang komprehensif tapi jelas pilihan. Untuk Jun 2026, didapati yang mereka tak lagi tawarkan Hotlink Pantas iaitu pelan yang berikan kuota Internet mentah sebaliknya yang ada sekarang aladah Hotlink Prepaid Unlimited. Tiada sebarang perubahan penawaran diperhatikan, pengguna ada pilihan sama ada Hotlink Prepaid 5G Unlimited 25, 40, 50, ataupun 55.
U Mobile: Dah tak murah
U Mobile dulu memang tak bersaing dalam coverage tapi pada pelan yang murah. Tapi sejak dapat tender rangkaian 5G, mereka lebih agresif dalam tawarkan pelan yang premium. U Mobile revamp pelan mereka dengan tak lagi tawarkan kuota tanpa had FUP tapi hanya kuota mentah sehingga 500GB. Ia jelas tunjukkan yang U Mobile dah ubah pembidik mereka kepada pelanggan yang lebih kaya.
Unifi Mobile: Tiada lagi fungsi rollover
Rollover adalah satu-satunya ciri unik Unifi Mobile yang buatkan orang langgan. Gayanya hari tak selalu terang kerana merujuk laman web telco tersebut, tiada lagi petunjuk tentang rollover pada pelan prabayar mereka. Namun, kalau yang nak parking nombor, Unifi Mobile ada tawarkan pelan 12 bulan pada harga RM180 sahaja.
Yes 5G: kekal termurah
Yes 5G terus jadi telco yang tawarkan prabayar termurah. Pilihan pun paling sikit sejak daripada dulu sampai sekarang. Malah, tiada sebarang perubahan pada spesifikasi pelan prabayar mereka.
Layari laman rasmi produk prabayar setiap telco untuk maklumat lanjut:
- CelcomDigi (Edisi Kuning, Edisi Biru)
- Hotlink
- U Mobile
- Unifi Mobile
- Yes 5G
