IOI Mall Putrajaya cara naik bass IOI Mall Putrajaya cara naik bass

Panduan Naik Bas T523 Dari Putrajaya Sentral Ke IOI Mall

IOI City Mall Putrajaya ataupun orang panggilnya sebagai IOI Mall adalah pusat beli belah terkenal dalam kalangan penjawat awam. Mereka selalu habiskan waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat untuk beli belah barang keperluan harian. Tahukah anda yang ada laluan bas antara MRT Putrajaya Sentral dengan IOI City Mall Putrajaya? Baca panduan ini.

IOI Mall Putrajaya cara naik bas

Daripada Putrajaya Sentral, anda boleh cari bas bernombor T523 yang dikendalikan KR Travel Sdn. Bhd. Platform bas ini terletak di slot paling hujung MRT Putrajaya Sentral. Selain IOI City Mall Putrajaya, laluan bas ini juga akan singgah di Masjid Putra, Alamanda, Hospital Serdang, KTM Serdang, dan Hab Bas Lebuh Pudu (Kotaraya).

IOI Mall Putrajaya cara naik bas

Bas ini akan turunkan penumpang di bahagian bawah tempat letak kereta IOI Mall Putrajaya.

IOI Mall Putrajaya cara naik bas

Frekuensi laluan T523 adalah setiap jam. Anda boleh rujuk jadual kekerapan yang disediakan. Sungguhpun kekerapannya tidaklah tinggi, anda bolehlah merancang perjlanan anda berdasarkan jadual yang disediakan.

IOI Mall Putrajaya cara naik bas

Tambang bas untuk sekali naik adalah RM1.10 dan perjalanan akan mengambil masa sehingga 30 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Sekiranya anda perlukan pertolongan, terdapat pegawai bertuga menjaga di MRT Putrajaya Sentral. En. Kartik boleh dihubungi di 016 688 8641.

Selamat berbeli belah!

Sumber: Asyifa Atiqah Alin Aiman

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *