Cari pelan prepaid bulanan paling mampu milik? Anda berada di lokasi yang betul. Saya senaraikan 5 pelan prepaid pada harga terendah daripada pelbagai telco di Malaysia dengan pelbagai paras kuota Internet. Rujuk jadual di bawah.
5 pelan prepaid termurah dengan tempoh sah 30 hari
| Telco | Pelan | Harga | Kuota |
|---|---|---|---|
| Spark | Spark Lite | RM12 | 3GB |
| Yes 5G | FT5G 20 | RM15 | 50GB |
| Unifi Mobile | Uni5G Wow Padu 25 | RM25 | 30GB 4G/5G + 70GB 5G |
| U Mobile | Ultra Prepaid 28 | RM28 | 50GB |
| Hotlink | Unlimited 30 | RM30 | 50GB FUP |
1. Spark Lite
Harga: RM12
Spart Lite adalah pelan prepaid paling murah dalam senarai ini pada harga RM12 untuk sebulan. Pengguna terima data sebanyak 3GB, malangnya hanya boleh diguna untuk 4G sahaja, tiada kemudahan 5G. Mujurlah tiada, kalau tidak pastinya kuota ditelan macam air. Satu kekurangan telco Spark berbanding telco lain adalah ia ditawarkan hanya dalam bentuk eSIM sahaja. Pastikan telefon anda menyokong kad SIM digital sebelum langgan. Kalau tak, anda boleh langgan pelan Yes 5G FT5G.

2. Yes 5G FT5G 20
Harga: RM15
Beralih ke tangga yang kedua. Dengan tambahan RM3 daripada Spark Lite tadi, Yes 5G FT5G 20 berikan anda data nyata lebih banyak, pada 50GB. Ia sangat berguna untuk anda yang perlukan kuota untuk hotspot dan FT5G 20 juga ada ciri panggilan tanpa had yang Spark Lite tiada dan lebih penting, kalau data tak habis diguna, ada fungsi Data Rollover yang bawa data tak guna ke bulan yang seterusnya.

3. Unifi Mobile Uni5G Wow Padu 25
Harga: RM25
Uni5G Wow Padu 25 berikan kuota data paling tinggi dalam senarai ini. Pada harga RM25, anda beroleh data sebanyak 30GB (4G/5G) dan tambahan 70GB khas untuk sambungan 5G. Tapi kelajuan untuk 4G dihadkan kepada 5Mbps sementara 5G adalah berdasarkan best effort. Pelan ini wajar anda pertimbangkan jika kawasan anda ada cakupan Uni5G yang kuat.

4. U Mobile Ultra Prepaid 28
Harga: RM28
U Mobile Ultra Prepaid 28 sediakan data sebanyak 50GB untuk RM28 sebulan. Ia juga ada kuota khas untuk hotspot sebanyak 5G disamping kuota suara tanpa had. Penawaran mereka ringkas sahaja yang gabungkan data dan suara untuk pengguna yang perlukan capaian internet bulanan untuk telefon pada harga bawah RM30.

5. Hotlink Unlimited 30
Harga: RM30
Hotlink Unlimited 30 harganya RM30 untuk sebulan. Anda dapat kuota sebanyak 50GB dalam bentuk FUP berkelajuan 18Mbps. Tapi bila berada di luar waktu puncak (8 malam hingga 8 pagi), anda nikmati akses 5G berkelajuan tinggi. Pengguna jenis burung hantu memang sesuai langgan pelan ini.

Pelan prepaid murah paling berbaloi
Bergantung kepada keutamaan. Jika anda pentingkan kos paling rendah, Spark Lite adalah pilihan betul pada RM12. Tapi anda tambah RM3 untuk dapat kuota lebih banyak, apa salahnya. Kalau anda nak data paling banyak untuk setiap sen yang dibelanjakan, Uni5G Wow Padu 25 pilihan yang baik tapi anda kena pastikan kawasan anda ada servis 5G yang baik. U Mobile Ultra Prepaid 28 dan Hotlink Unlimited 25 adalah dua pelan yang baik kalau bajet anda boleh pergi RM30/bulan.
