Bantuan SARA RM100 untuk semua Bantuan SARA RM100 untuk semua

Bantuan SARA RM100: Ini cara beli barang guna MyKad

Salah satu intipati ucapan, PMX Anwar Ibrahim sewaktu Pengumuman Pernghargaan Untuk Rakyat Malaysia pada 23 Julai 2025 lalu adalah bantuan SARA RM100 untuk semua. Ia melibatkan pemberian one-off sebanyak RM100 untuk setiap warganegara berumur 18 tahun dan ke atas melalui MyKad untuk membeli barang keperluan harian. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut tentang SARA untuk semua.

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua?

“SARA untuk semua” boleh anda lihat sebagai satu cabang kepada inisiatif SARA sedia ada. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program bantuan bersasar pada rakyat yang dikenal pasti sebagai golongan rentan terhadap kos sara hidup. Tak seperti SARA Miskin Tegar, SARA Miskin eKasih, SARA Isi Rumah, dan SARA Warga Emas, SARA untuk semua diperluas manfaatnya kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke atas.

SARA untuk semua akan berkuat kuasa bermula 31 Ogos 2025 apabila sebanyak RM100 akan diperuntukkan kepada setiap rakyat Malaysia yang layak untuk beli barangan keperluan harian berdasarkan senarai yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Rasionalisasi subsidi: Ucapan PMX sarat isyarat strategik kerajaan Madani

Barang apa yang boleh dibeli SARA RM100?

Sebelum pergi ke senarai barangan yang layak dibeli guna SARA RM100, anda perlu kenal entiti ini yang bernama MyKasih. Organisasi tanpa keuntungan (NGO) MyKasih adalah rakan strategik kerajaan Malaysia dalam mengelolakan SARA sedia ada, dan berkemungkinan termasuk sekali dengan SARA untuk semua.

Perkara ini penting kerana, melalui MyKasih, anda boleh periksa baki SARA anda menggunakan aplikasi telefon pintar ataupun ketahui senarai barangan yang boleh dibeli dengan bantuan SARA. Barang tersebut ditandakan dengan label MyKasih di rak tanda harga. Kategori barang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Roti
  • Biskut
  • Mi Segera
  • Makanan Dalam Tin
  • Minuman
  • Bahan Perasa
  • Produk Kebersihan Diri
  • Keperluan Sekolah
  • Ubat-Ubatan
  • Barangan Kebersihan Rumah

Cara beli barang guna SARA RM100

Apabila SARA untuk semua mula boleh digunakan kelak, pasti ramai perlukan panduan tentang cara untuk menebusnya. Video panduan ada diterbitkan dan anda boleh tontonnya di bawah.

YouTube player

Secara ringkasnya, anda boleh beli apa-apa sahaja produk yang ada label MyKasih tertera di rak harga. Apabila ingin membayar, anda perlu berikan MyKad kepada juruwang untuk mengesahkan kelayakan. Sekiranya layak, anda perlu masukkan nombor pin peribadi untuk mengesahkan transaksi. Untuk pengguna kali pertama, kata laluan default adalah 6 angka pertama MyKad dan pin perlu ditukar sebelum sebarang transaksi pembelian boleh dilakukan.

Lokasi boleh guna SARA RM100

Kerajaan katakan yang penerima bantuan SARA RM100 boleh lakukan pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 4,100 kedai terpilih diseluruh negara. MyKasih ada sediakan pengkalan data komprehensif yang mengandungi kedai-kedai yang boleh anda tebus bantuan SARA RM100 di seluruh negara.

https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

Di dalam laman web tersebut, anda boleh lakukan saringan kedai mengikut negeri dan bandar. Kedai yang tawarkan barangan asas SARA mungkin berada berhampiran anda.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *