BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

Add-on streaming murah: Unifi, Hotlink, CelcomDigi

Semakin banyak servis streaming ada dalam pasaran sekarang. Nak langgan semuanya memang makan kos yang tinggi. Namun, ada telco yang tawarkan servis macam Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, dan banyak lagi pada harga diskaun dengan syarat anda langgan mana-mana pelan prabayar yang terpilih. Ini adalah himpunan penawaran servis penstriman untuk pelan prabayar Uni5G, CelcomDigi, dan Hotlink.

Prabayar Uni5G

Unifi Mobile tawarkan add-on servis penstriman yang paling banyak dalam kalangan telco yang dipetik dalam artikel ini. Anda anda penyedia seperti berikut:

  • Viu
  • iQiyi
  • Disney+ Hotstar
  • ZEE5
  • Mango TV
  • WeTV
  • Youku
  • Vidio

Anda boleh pilih satu atau banyak servis penstriman pada harga serendah RM8.50. Disney+ Hotstar adalah platform yang paling besar namun, Netflix tidak pula ditawarkan oleh Unifi Mobile. Berikut adalah senarai harga langganan berbanding harga asal kalau anda langgan terus di platform penstriman.

AplikasiTempoh sahHarga (RM)Harga Asal
Viu30 hari8.4012.90
iQiyi30 hari9.9011.90
Disney+ Hotstar30 hari16.0024.90
ZEE530 hari9.9012.90
Mango TV30 hari9.9018.90
WeTV30 hari9.9011.90
Youku30 hari9.9011.90
Vidio30 hari8.4014.90

Didapati yang penawaran Unifi adalah antara yang termurah. Walau bagaimanapun, anda tak dapat kuota tambahan seperti telco yang lain. Makanya, ia ideal untuk yang sudah sedia ada Wi-Fi di rumah ataupun yang ada kuota Internet mudah alih yang banyak.

Anda boleh layari laman rasmi Uni5G untuk maklumat lanjut.

Prabayar Hotlink

Di prabayar merah Hotlink, anda boleh lihat pada penawaran Super Streamer Add-ons yang mereka telah tawarkan sejak April 2024 lalu. Menariknya Super Streamer daripada hitlink adalah ia berikan anda data tanpa had untuk strim kandungan kegemaran.

Sebanyak 4 servis penstriman ditawarkan di bawah Super Streamer Add-Ons iaitu:

  • VIU
  • iQiyi
  • sooka
  • CMGO

Berikut adalah senarai harganya.

AplikasiTempoh sahHarga (RM)Harga Asal
Super Streamer VIU30 hari9.9012.90
Super Streamer iQIYI30 hari9.9011.90
Super Streamer sooka30 hari15.0029.60
Super Streamer CMGO30 hari9.9014.99

Walaupun pengguna beroleh kuota tanpa had untuk tonton siri TV dan movie kegemaran di telefon, kuota tersebut tidak boleh digunakan untuk hotspot. Layari laman rasmi Hotlink untuk maklumat lanjut.

Prabayar CelcomDigi

CelcomDigi tawarkan dua cara untuk anda nikmati servis penstriman kegemaran iaitu:

  1. StreamMore Add-ons: pass add-on bersama-sama tambahan 5GB data berkelajuan tinggi.
  2. SpeedStream bundle: pelan prabayar dengan satu daripada 4 servis penstriman disekalikan dan akses internet tanpa had.

Kita mulakan dengan add-on StreamMore. Ia boleh ditambah ke dalam langganan prabayar sedia ada. Servis termurah adalah Viu premium pada harga RM9.90 dan yang paling premium adalah Disney+ Hotstar yang boleh pergi sehingga RM37.90.

Namun, ia lebih murah berbanding langganan terus daripada platform penstriman. Berikut adalah senarai harganya.

AplikasiTempoh sahHarga (RM)Harga Asal
Disney+ Hotstar Basic30 hari22.9024.90
Disney+ Hotstar Premium30 hari37.9039.90
Viu Premium30 hari9.9012.90
iQiyi Standard VIP30 hari11.9011.90
Vision+ Premium30 hari14.9016.99

CelcomDigi pun ada pelan prabayar khas iaitu SpeedStream. Dalam satu harga, pelanggan dapat akses Internet tanpa had (FUP: 200GB) bersama-sama dengan satu aplikasi penstriman.

Berikut adalah ringkasan penawarannya:

AplikasiTempoh sahHarga (RM)Harga Asal
SpeedSTREAM Disney+ Hotstar30 hari5964.90
SpeedSTREAM Viu30 hari4751.90
SpeedSTREAM iQiyi30 hari4751.90
SpeedSTREAM Vision+30 hari4955.00

Layari laman rasmi Hotlink untuk maklumat lanjut

Telco lain macam mana?

U Mobile dan Yes 5G tak sangat nak sertakan servis penstriman ke dalam penawaran mereka. U Mobile lebih tumpukan pada akses Internet tanpa had mereka sementara Yes 5G fokus pada penyediaan pakej Internet pada harga serendah mungkin.