TNG eWallet lancar fungsi Tap-n-Pay macam Apple Pay TNG eWallet lancar fungsi Tap-n-Pay macam Apple Pay

Touch ‘n Go BlueTap Tap-and-Pay sokong NFC macam Apple Pay

Touch ‘n Go Digital (TNG Digital) telah perkenalkan fungsi baharu pada TNG eWallet mereka yang dipanggil tap-and-pay. Bersama-sama dengan fungsi baharu tersebut, penyedia perkhidmatan kewangan itu turut umumkan EPOS360 BlueTap, terminal pembayaran kompak semua-dalam-satu untuk pekedai gunakan.

Dengan fungsi baharu ini, pengguna TNG eWallet boleh lakukan transaksi pembayaran dengan cara sentuhkan telefon pada EPOS360 BlueTap, mirip pembayaran guna ApplePay, SamsungPay, dan Google Pay. Komponen NFC (Near Field Communication) akan digunakan untuk mencetuskan komunikasi antara telefon dengan terminal pembayaran.

Namun, buat masa ini, tap-and-pay TNG eWallet hanya boleh digunakan pada terminal BlueTap sahaja.

TNG eWallet lancar Tap-and-Pay macam Apple Pay

Apa itu EPOS360 BlueTap

EPOS360 BlueTap adalah terminal pembayaran semua dalam satu yang ditujukan pada perniagaan kecil & sederhana (SME) yang mengendalikan trafik tinggi seperti perusahaan F&B. EPOS360 BlueTap dibangun menggunakan platform Ant International untuk gantikan pelekat QR statik dengan sesuatu yang bukan sahaja lebih professional, malahan pintar kerana ia sokong pelbagai kaedah pembayaran dalam satu gajet.

Pada peringkat awal, terminal ini menyokong:

  • Tap-and-Pay menggunakan TNG eWallet (NFC)
  • Pembayaran guna QR melalui DuitNow QR

Sebelum anda tanya, sokongan pembayaran guna kad kredit/debit melalui sentuhan, chip, atau PIN akan diaktifkan kemudian hari melalui kemas kini perisian, tanpa perlukan melibatkan perubahan pada perkakasan.

TNG eWallet lancar Tap-and-Pay macam Apple Pay

TNG eWallet Tap-and-Pay: Cara kerjanya

Untuk pengguna, bila nak buat pembayaran guna Tap-and-Pay TNG eWallet, prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet dan pastikan NFC diaktifkan
  2. Rapatkan telefon kepada gelang biru terimal pembayaran BlueTap
  3. Sahkan transaksi di telefon guna PIN, pengimbas cap jari, ataupun Face ID.

Sebagai maklumat tambahan, transaksi adalah selamat kerana ia menggunakan kaedah encrypted tokenisation. Ia bermakna, maklumat sulit ewallet tak dikongsikan dengan terminal pembayaran dan tiada sebarang transaksi tanpa sengaja boleh berlaku kerana pengguna perlu sahkan sendiri secara fizikal sebelum perpindahan wang dilakukan.

Salah satu ciri menarik terminal BlueTap adalah ia dilengkapi dengan skrin dan speaker yang kedua-duanya akan diguna untuk beritahu pekedai tentang pengesahan pembayaran. Ia sama seperti sounbox yang ada dalam pasaran sekarang. Ia kurangkan risiko penipuan seperti tangkap layar palsu, pembayaran tak masuk, dan pelbagai lagi cara penipuan.

TNG eWallet lancar Tap-and-Pay macam Apple Pay

Harga terminal BlueTap untuk guna TNG eWallet Tap-and-Pay

Peniaga yang berminat untuk gunakan BlueTap boleh dapatkannya pada harga promosi RM199. Tiada sebarang yuran langganan dikenakan, tiada juga kontrak, dan unit itu dilindugi jaminan selama 1 tahun. Ia boleh didapatkan menerusi laman web EPOS dan diaktifkan melalui Merchant Dashboard TNG eWallet anda.

Satu BlueTap hanya boleh digunakan pada satu outlet dan sekiranya anda ada cawangan lain, BlueTap yang berasingan perlu digunakan. Satu kekurangan BlueTap adalah ia tidak mencetak sebarang resit fizikal. Sokongan pencetak Bluetooth akan ditambah di kemudian hari.

Siapa sesuai guna BlueTap?

TNG Digital kata yang BlueTap direka untuk peniaga yang perlukan terminal pembayaran yang pantas dan boleh dipercayai untuk perniagaan yang terima trafik tinggi seperti:

  • F&B
  • Kedai runcit
  • Kiosk pop-up

Pengenalan BlueTap dan Tap-and-Pay oleh TNG Digital menunjukkan mereka terus perkukuh ekosistem infrastruktur pembayaran mereka. Mereka gabungkan eWallet, NFC tap-and-pay, pembayaran guna QR, dan pembayaran guna kad kredit/debit dalam satu gajet untuk kurangkan kebergantungan pada pihak ketiga.

Sumber: TNG Digital

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *