BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

FIFA 2026: 72 game kumpulan, tarikh, masa, dan saluran

Sepak mula FIFA 2026 akan berlangsung. Berita baik buat peminat di Malaysia, semua 72 perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 (FIFA 2026) boleh ditonton secara percuma di RTMKlik. Anda boleh akses RTMKlik sama ada menggunakan pelayar web ataupun muat turun aplikasi Android, iOS, ataupun di TV pintar.

Bila nak tonton nanti, di RTMKlik anda boleh periksa salah satu daripada empat saluran berikut untuk siaran langsung iaitu Okey, Sukan+, RTM 1, ataupun RTM 2. Bila pasukan yang anda sokong ke fasa seterusnya, barulah anda boleh berkira-kira nak langgan pas di Unifi TV kerana ia satu-satunya cara untuk tonton keseluruhan baki perlawanan.

Anda boleh rujuk dalam artikel yang terdahulu.

Cara layan World Cup 2026 di Malaysia guna Unifi TV

Sementara itu, jadual di bawah iini ada senaraikan semua 72 perlawanan peringkat kumpulan daripada 12 hinggalah 28 Jun 2026 beserta tarikh dan masa dalam zon Malaysia. Selamat berjaga malam.

Time (MY)MatchGroupVenue