Budi Diesel adalah salah satu komponen di bawah program Budi Rakyat bersama-sama BUDI RON95. Komponen ini akan mula dikuatkuasakan 1 July 2026 ini. Satu berita terbaharu daripada kerajaan adalah mekanisme untuk perpindahan kelayakan khas untuk BUDI Diesel telah diperkenalkan. Bermakna ada cara untuk pindahkan kelayakan BUDI Diesel satu invidivdu kepada individu yang lain berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Ini maklumat lanjut tentang ciri perpindahan kelayakan BUDI Diesel.
Apa itu perpindahan Budi Diesel
BUDI Diesel adalah sistem subsidi bersasar yang bolehkan rakyat Malaysia beli diesel apda harga subsidi RM2.15 berdasarkan syarat-syarat tertentu. Anda boleh baca butiran BUDI Diesel dalam artikel terdahulu. Beralih kepada maklumat perpindahan kelayakan BUDI Diesel, perpindahan ini tidak melibatkan sebarang penukaran wang tunai ataupun pemilikan kenderaan.

Sebaliknya, ia memindahkan kebenaran untuk beli diesel guna MyKad daripada individu A kepada individu B. Ia bermakna kuota diesel pengguna asal boleh dipindahkan kepada pengguna baharu.
Sebab orang mengkehendakkan ciri ini adalah atas beberapa sebab. Senario pertama adalah apabila kenderaan diesel persendirian itu dimiliki ketua keluarga (ayah) tetapi yang gunakannya adalah anak. Adalah renyah jika perlu bawa ayah keluar setiap kali perlu melakukan isian diesel pada harga subsidi.
Orang yang boleh mohon dan terima perpindahan Budi Diesel
Pemilik asal penerima BUDI Diesel mohon untuk kemudahan ini. Ia bermakna individu ini telah disahkan berada dalam kategori penerim Budi Diesel dan penuhi semual kriteria kelayakan seperti memiliki kenderaan diesel persendirian atas nama sendiri, pemegang lesen memandu yang aktif, dan rekod cukai jalan kenderaan masih aktif.

Untuk subjek siapa yang boleh terima perpindahan Budi Diesel, kerajaan tetapkan yang ia boleh dipindahkan kepada seorang ahli keluarga terdekat. Ahli keluarga yang dimaksudkan adalah pasangan, ibu-bapa, anak, ataupun adik beradik. Pertalian seperti sepupuh, datuk/nenek, menanti, atau saudara jauh tidak layak untuk terima perpindahan Budi Diesel.
Setiap permohonan hanya dibenar untuk namakan seorang penerima dan pilihan tersebut adalah muktamad selepas diluluskan.
Perpindahan Budi Diesel bersifat kekal
Satu perkara mustahak yang perlu anda ketahui adalah perpindahan Budi Diesel adalah kekal dan hanya boleh dilakukan sekali. Selepas pengesahan, ia tidak boleh diundurkan semula. Maknanya penerima asal tidak boleh mohon untuk dapatkan semula Budi Diesel manakala penerima baru tidak boleh mohon untuk pulangkan semula.

Hanya ada tiga sebab yang bolehkan Budi Diesel kembali kepada penerima asal. Sebab yang pertama adalah penerima meninggal dunia. Sebab kedua adalah berlakunya penceraian yang disahkan undang-undang. Sebab yang ketiga adalah penerima baru Budi Diesel membeli kenderaan diesel persendirian di bawah nama sendiri yang jadikannya layak untuk terima Budi Diesel.

Selepas perpindahan berjaya, penerima Budi Diesel yang asal hilang kelayakan untuk beli diesel pada harga subsidi. Kuota 200L yang dia ada hanya boleh diguna untuk membeli RON95.
Cara mohon perpindahan Budi Diesel
Proses kelulusan dibuat secara bulanan dan jika ingin pengesahan dilakukan dalam bulan yang sama, permohonan perlu dilengkap dan dihantar sebelum hari ke-27 setiap bulan. Permohonan yang dihantar selepas itu akan diproses pada bulan yang berikutnya. Permohonan untuk pindahkan Budi Diesel kepada ahli keluarga boleh dibuat menerusi portal rasmi Budi Rakyat.
Layari laman rasmi Budi Rakyat untuk maklumat lanjut.
