BukuNota

Portal maklumat terkini Malaysia

NUR@PETRA 2026: Cara Tebus Rebat RM200 Beli Barang Elektrik

RM200 rebat PETRA sedia untuk beli pendingin hawa atau peti sejuk. Ketahui cara tebus dan senarai alat elektrik 4 dan 5 bintang cekap tenaga

Sebanyak RM200 rebat telah disediakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk rakyat Malaysia mendapatkan kelengkapan elektrik cekap tenaga. Ia selepas kembalinya Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) edisi 2026. Permohonan untuk rebat akan bermula 1 Julai 2026 dengan kawal selia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Siapa boleh tebus rebat RM200?

NUR@PETRA 2026 terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira paras pendapatan. Untuk edisi 2026, PETRA telah memperuntukkan RM32 juta yang katanya cukup untuk berikan sebanyak 160,000 rebat tunai. Konsepnya adalah siapa cepat dia dapat. Jadi, SEDA memohon orang ramai untuk terus melakukan permohonan sejurus 1 Julai 2026 tiba.

RM200 rebat NUR@PETRA sedia untuk beli pendingin hawa atau peti sejuk. Ketahui cara tebus dan senarai alat elektrik 4 dan 5 bintang cekap tenaga

Rebat RM200 itu boleh digunakan untuk membeli sama ada sebuah pendingin hawa ataupun sebuah peti sejuk. Selain dua peralatan elektrik tersebut, satu syarat penting yang perlu dipatuhi adalah produk itu perlulah ada label cekap tenaga sekurang-kurangya 4 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) ataupun Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Cara tebus NUR@PETRA RM200

Seperti dikongsikan lebih awal, tetingkap permohonan dibuka mulai 1 Julai 2026. Cara untuk mohon NUR@PETRA RM200 adalah seperti berikut. Pertama sekali anda perlu lawati laman web NUR@PETRA di SEDA (www.seda.gov.my/nur).

Masukkan nombor akaun utiliti elektrik anda sama ada TNB, SESB, SEB, atau NUR untuk periksa kelayakan.

Seda juga ada sediakan halaman untuk pengguna semak produk apa yang layak untuk terima rebat sebanyak RM200.

NUR@PETRA RM200 sasar jimat 552.25GWh

Menurut PETRA, inisiatif ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk tampung peningkatan kos tenaga yang tak menentu serta mempercepat agenda peralihan tenaga negara ini. Dengan cara menggalakkan penggunaan kelengkapan cekap tenaga, PETRA anggarkan program ini mampu kurangkan 552.25Gwh penggunaan tenaga elektrik sepanjang 5 tahun. Ia akan diterjemah kepada penjimatan sebanyak RM250.72 juta pada segi bil elektrik dan akhir sekali mengurangkan pelepasan karbon dioksida sekitar 400 ribu tan.

Sumber: PETRA