Tiket ECRL diskaun 30% sepanjang bulan pertama operasi

Pengguna ECRL bakal nikmati diskaun 30% bila mereka beli tiket ECRL kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasi perkhidmatan kereta api ini, yang dijangka bermula pada 12 Disember 2026. Ia adalah salah satu inisiatif ECRL untuk menggalakkan orang ramai mencuba kereta api baharu itu untuk ke pantasi timur.

Harga tiket ECRL: Info semua 15 stesen Gombak – Kota Bharu

ECRL tawarkan diskaun 30% untuk warganegara Malaysia bagi tiket kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasi bermula 12 Disember 2026.

Diskaun 30% bermula 12 Disember

Menurut pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, promosi ini akan berlangsung selama sebulan bermula daripada tarikh operasi tren. Diskaun tersebut khusus untuk warganegara Malaysia yang membeli tiket kelas Ekonomi, dan terpakai untuk kedua-dua perkhidmatan Transit dan Ekspres ECRL. Ini bermakna tambang yang diumumkan sebelum ini akan menjadi lebih murah sepanjang tempoh promosi.

Berapa harga tiket ECRL selepas diskaun?

Sebagai contoh, tambang Ekonomi Transit dari Gombak ke Kota Bharu yang bermula pada RM125 akan menjadi sekitar RM87.50 selepas diskaun 30%. Antara contoh tambang lain ialah:

PerjalananTambang BiasaDiskaun 30%Harga Promo
Gombak → Kota BharuRM125RM37.50RM87.50
Gombak → Pasir PutehRM118RM35.40RM82.60
Gombak → JertehRM114RM34.20RM79.80
Gombak → Bandar PermaisuriRM107RM32.10RM74.90
Gombak → Kuala TerengganuRM95RM28.50RM66.50
Gombak → DungunRM82RM24.60RM57.40
Gombak → KemasikRM75RM22.50RM52.50
Gombak → ChukaiRM69RM20.70RM48.30
Gombak → CheratingRM67RM20.10RM46.90
Gombak → Kuantan Port CityRM62RM18.60RM43.40
Gombak → KotaSASRM60RM18.00RM42.00
Gombak → Paya BesarRM55RM16.50RM38.50
Gombak → MaranRM42RM12.60RM29.40
Gombak → TemerlohRM35RM10.50RM24.50
Gombak → BentongRM24RM7.20RM16.80

Harga di atas dikira berdasarkan tambang permulaan yang telah diumumkan. ECRL menggunakan mekanisme harga dinamik, jadi tambang sebenar boleh berubah mengikut keadaan tempahan. Anda boleh rujuk anggaran tambang untuk semua 15 stesen dalam artikel kami yang terdahulu.

ECRL dijangka mula beroperasi 12 Disember

Perkhidmatan tren dijangka memulakan operasi penumpang secara komersial pada 12 Disember 2026, tertakluk kepada keperluan keselamatan dan kelulusan berkaitan. Dengan diskaun 30% ini, bulan pertama operasi menjadi peluang untuk rakyat Malaysia mencuba ECRL pada tambang yang lebih rendah sebelum promosi tersebut berakhir.

Sumber: ECRL