MyKomuter50: Harga, Cara Beli & Tempoh Sah

KTMB akan jual pas MyKomuter50 mulai 1 Disember 2026. Ia berikan warganegara yang layak akses tanpa had untuk naik KTM Komuter selama 30 hari pada harga RM50 sahaja. Pas itu sama konsepnya dengan pas Rapid Bulanan My50 yang dinikmati pengguna di lembah klang sekarang. Tapi untuk MyKomuter50, ia dijual dalam beberapa jenis bergantung kepada di mana ia henda digunakan.

Siapa boleh beli MyKomuter50?

MyKomuter50 boleh didapatkan warganegara Malaysia berumur 7 tahun ke atas telah terima pengesahan pengaktifkan MyKomuter50 terlebih dahulu. Pengguna yang sedang terima kemudahan MyRailLife tidak layak untuk memohon MyKomuter50. Pengaktifan untuk beli MyKomuter50 perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pengguna boleh dapatkan pas tersebut.

Pengaktifan boleh dibuat melalui aplikasi KTMB Mobile ataupun KITS Style dengan memuat naik gambar MyKad atau MyKid untuk tujuan e-KYC. Tempoh masa untuk pengesahan dikatakan KTM akan ambil masa sehingga 3 hari bekerja. Untuk alternatif, pengesahan boleh dibuat lebih pantas di kaunter KTM Komuter.

Di mana boleh guna MyKomuter50?

MyKomuter50 ada beberapa jenis, bergantung kepada laluan KTM Komuter.

MyKomuter 50 Utara boleh digunakan di laluan Padang Besar – Butterworth dan laluan Butterworth – Ipoh. MyKomuter50 Lembah Klang pula adalah untuk laluan Tanjung Malim – Pelabuhan Klang dan Batu Caves – Pulau Sebang/Tampun. MyKomuter50 Selatan untuk laluan Paloh – JB Sentral dan Kempas Baru – Pasir Gudang.

Pas MyKomuter50Laluan
MyKomuter50 UtaraPadang Besar – Butterworth
MyKomuter50 UtaraButterworth – Ipoh
MyKomuter50 Lembah KlangTanjung Malim – Pelabuhan Klang
MyKomuter50 Lembah KlangBatu Caves – Pulau Sebang/Tampin
MyKomuter50 SelatanPaloh – JB Sentral
MyKomuter50 SelatanKempas Baru – Pasir Gudang

Perlu diignatkan yang MyKomuter50 tidak boleh digunakan di perkhidmatan Rapid seperti Rapid KL, Rapid Penang, ataupaun ERL.

Cara beli MyKomuter50

Selepas kelayakan disahkan, pengguna boleh dapatkan MyKomuter50 secara digital melalui KTMB Mobile ataupun KITS Style dan beroleh kod QR dinamik untuk menaiki tren. Satu lagi cara dalah menggunakan kad Komuter Link dengan mendaftarkannya di stesen KTM Komuter terpilih untuk pihak KTM masukkan ciri MyKomuter50 pada kad tersebut.

Stesen Komuter yang jual MyKomuter50

PerkhidmatanStesen
KTM Komuter UtaraPadang Besar, Tasek Gelugor, Kuala Kangsar, Sungai Petani, Taiping, Arau, Bukit Mertajam, Ipoh, Alor Setar, Parit Buntar
KTM Komuter Lembah KlangTanjung Malim, Segambut Utara, Kajang, Seremban, Subang Jaya, Kepong Sentral, Bandar Tasek Selatan, Nilai, Abdullah Hukum, Batu Caves, Rawang, Bank Negara, UKM, Sungai Gadut, Shah Alam, Sungai Buloh, KL Sentral, Batang Benar, Pulau Sebang/Tampin, Klang
Shuttle SelatanPaloh, Kluang, Kempas Baru, JB Sentral

Pengguna boleh beli lebih daripada satu MyKomuter50 tapi dengan syarat ia bukan untuk laluan yang sama. Contohnya, anda boleh beli MyKomuter50 Lembah Klang dan MyKomuter50 Selatan dan bayar RM100 sebulan.

Tempoh sah MyKomuter50

MyKomuter50 sah diguna untuk tempoh 30 hari. Apabila hendak digunakan, imbas kod QR di pintu masuk dan keluar stesen. Untuk pengguna kerap perkhidmatan Komuter, pas ini sangat berguna dan menjimatkan untuk kurangkan kos untuk bergerak sehari-hari.

Sumber: KTM Berhad