Bajet Selangor 2027: Peruntukkan & Manfaat untuk Gen Z

Mari lihat Bajet Selangor 2027 daripada perspektif Gen Z. Lihat bantuan pendidikan, laptop, AI, latihan kerja, subsidi pengangkutan dan sokongan pekerja gig.

Mula universiti, cari kerja pertama, terokai hala tuju hidup. Itu antara cabaran Gen Z. Kerajaan negeri Selangor telah umumkan belanjawan mereka untuk 2027. Bajet 2027 Selangor itu bertemakan Selangor Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat DIsantuni dan bernilai RM3.3 billion mengandungi macam-macam perancangan. Tapi yang hendak artikel ini petik adalah yang beri kesan langsung kepada Gen Z.

Bajet Selangor 2027: Sokongan Pendidikan & Digital

Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) tawarkan sokongan tunai one-off untuk ahlinya yang masuki usia 18 tahun pada tahun 2027. Sebanyak 21,484 individu terlibat dan setiap satunya terima RM1,500 tunai. Selain itu, seramai 5,000 individu yang berjaya lanjutkan pelajaran ke universiti boleh mohon geran kemasukan universiti sebanyak RM1,000.

Bergerak ke inisiatif yang seterusnya, Laptop Kita Selangor akan agihkan 8,400 laptop kepada rakyat Selangor, tumpuan diberikan golongan muda. Lagi tentang yang muda, 500 graduan daripada Selangor boleh mohon elaun RM1,500 sehingga 6 bulan untuk bantu mereka lunaskan latihan industri mereka di bawah inisiatif Selangor Programme for Aspiring, Ready and Knowledgeable Talents (SPARK).

Bajet Selangor 2027: Kerjaya AI, Robotik & Semikonduktor

Kerajaan Selangor melalui STDC bekerjasama dengan Google untuk berikan manfaat Google Gemini Enterprise kepada 50,000 warga selangor beserta latihan untuk menggunakan agentic AI.

Kemudian, sebanyak RM8.75 juta diperuntukkan untuk bangunkan sebuah kampus robotik dibangunkan di selangor untuk belajar selok belok pembangunan cip and pengautomatan. Bersama-sama dengan Malaysia Semiconductor IC Design Park di Puchong, inisiatif ini akan rintis laluan yang lebih jelas untuk kerjaya berkaitan AI.

Bajet Selangor 2027: Pekerja Gig & Pengangkutan Awam

GenZ yang sumber pendapatannya majoriti daripada pekerjaan gig, Baucar Kita Selangor Gig akan sediakan peruntukkan RM100 bulanan dalam baucar petrol kepada 5,000 rider p-hailing yang berdaftar. Peserta juga berpeluang untuk menyertai program upskilling.

Pengangkutan awam penting di Selangor. Inisiatif SEL 30 akan berikan subsidi RM30/bulan untuk 13,000 penduduk Selangor untuk beli pas bulanan pengangkutan awam. RM12 juta juga akan dibelanjakan Bas Kita Selangor yang dijenamakan semula daripada Bas Smart Selangor. Selangor juga akan buna 35km laluan pejalan kaki di Selangor dengan kerjasama PBT.

Impak Belanjawan Selangor 2027 untuk Gen Z

Biasanya Gen Z masih tinggal dengan keluarga, lebih-lebih lagi yang tidak berkahwin di dalam bandar disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Geran universiti, laptop, pengurangan kos pengangkutan dan bantuan petro pastinya akan mengurangkan impak kos sara hidup tersebut. Tapi jangan lupa, Bajet Selangor 2027 juga ada untuk manfaat isi rumah, seterusnya turut beri kesan limpahan kepada golongan ini.

Ringkasan Bajet Selangor 2027 untuk Gen Z

  1. Bayaran RM1,500 TAWAS 18 tahun
    21,484 ahli TAWAS yang capai umur 18 tahun pada 2027 akan menerima bayaran RM1,500 secara one-off
  2. Bantuan kemasukan universiti RM1,000
    5,000 warga Selangor yang masuki universiti awam atau swasta terima bayaran one-off RM1,000.
  3. Laptop percuma melalui Laptop Kita Selangor
    Sebanyak 8,400 laptop akan diedar untuk bantu pelajar yang perlukan komputer bagi pembelajaran digital.
  4. Elaun latihan industri melalui SPARK
    500 graduan dan pelajar universiti yang menjalani latihan industri di agensi, anak syarikat dan pihak berkuasa tempatan negeri terima elaun tambahan.
  5. Akses Gemini Enterprise dan latihan AI
    50,000 penduduk akan mendapat akses Gemini Enterprise selama setahun serta latihan berkaitan AI dan agentic AI.
  6. Peluang kerjaya dalam robotik dan semikonduktor
    RM8.75 juta diperuntukkan untuk bangunkan kampus robotik yang memberi tumpuan kepada reka bentuk IC, robotik dan automasi.
  7. Baucar petrol RM100 sebulan untuk rider p-hailing
    5,000 rider p-hailing berdaftar boleh menerima baucar petrol sehingga RM1,200 setahun.
  8. Latihan tambahan untuk pekerja gig
    Rider p-hailing turut mendapat pendedahan teknologi dan kursus latihan industri melalui STDC.
  9. Subsidi pengangkutan awam RM30 sebulan
    Program SEL 30 untuk 13,000 pengguna pengangkutan awam di Selangor.
  10. Penambahbaikan Bas Kita Selangor
    RM12 juta diperuntukkan untuk menambah baik laluan, kekerapan perkhidmatan dan sambungan ke stesen rel.
  11. 35 km laluan pejalan kaki baharu
    Infrastruktur ini akan membantu menghubungkan pengguna dengan pengangkutan awam dan destinasi utama.

Sumber: Selangor