Himpunan info yang perlu anda tahu sebelum melawat Cameron Highlands

1. Dari mana nak naik?

Ada 4 laluan naik yang boleh digunakan bergantung pada lokasi asal anda.

  • Laluan Simpang Pulai untuk pelawat dari pantai barat khususnya Gopeng dah ke utara.
  • Laluan Tapah untuk pelawat pantai barat belah selatan seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor barat.
  • Laluan Sungai Koyan untuk pelawat dari Pahang dan Johor timur.
  • Laluan Gua Musang untuk pelawat dari Kelantan dan Terengganu.

2. Ambil maklum tempat menarik dan waktu operasi

  • Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden dibuka 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
  • KEA Farm dibuka antara 8.30am-6pm
  • KHM Strawberry Farm di Taman Sedia dibuka antara 8.30am-6pm
  • Ladang anggur Bertam Valley dibuka antara 9am-5pm (Musim menuai anggur sekitar Disember)
  • Taman Abang Steamboat & grill
    • Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
  • Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
  • Penginapan paling praktikal ialah di Golden Hill Resort Cameron Highlands sebab boleh jalan kaki ke pasar malam.

Tempat menarik yang tiada bayaran masuk

  • ? YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu) (8.30 pagi – 6.00 ptg)
  • ? KHM Strawberry and Jem (8.30 pagi – 6.00 ptg)
  • ? Cactus point (9.00 pagi – 6.00 ptg)
  • ? Big Red Strawberry Farm (8.00 pagi – 6.00 ptg)
  • ? Ladang Lebah (8.00 pagi – 7.00 mlm)
  • ? Ladang Anggur Bertam Valley (9.00 pagi – 5.00 ptg)
  • ? Kea Farm (8.30 pagi – 6.00 ptg)
  • ? Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)

Tempat menarik yang ada bayaran masuk

  • ? Taman Agroteknologi MARDI (8.45 pagi – 5.00 ptg)
    Dewasa RM5, Kids RM3
  • ? Lavender Garden (9.00 pagi – 6.00 ptg)
    Dewasa RM10, Kids RM7
  • ? Butterfly Garden (9.00 pagi – 6.00 ptg)
    Dewasa RM7, Kids RM5
  • ? Orkid and Rose Garden (9.00 pagi – 6.00 ptg)
    Dewasa RM8, Kids RM6

3. Waktu terbaik untuk melawat Cameron Highlands

Cameron Highlands memang terkenal dengan keadaan sesak (sumber)

Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Sebabnya:

  • harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
  • sukar untuk dapat parking kereta.
  • kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
  • kurang privasi.

4. Lokasi untuk beli hasil pertanian

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S Corner.

Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Lokasi S Corner

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis.harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain

Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.

5. Nasi campur pada harga ekonomi

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata.

Kedainya berdekatan sebelah terminal bas Tanah Rata. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

6. Contact penting

Bengkel kenderaan

  • ? Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888
  • ?Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel). Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang. Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)
  • ?Cameron Highlands Tyre Auto Centre. Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)
  • ?Cameron Highlands Tyre & Car Centre. A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)
  • ?Cameron Highlands Tyre & Car Centre. No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151
  • ?Ah Boy Bengkel – 016-5058738
  • ?Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430
  • ?Awie (Kg Raja) – 019-9086694
  • ?Liu Pomen – 019 392 1166
  • ?Lenchai Pomen – 016 505 8735
  • ?Kama Koi Pomen – 012 542 4201
  • ?Rosli Pomen – 017 5777047

Farmasi & Klinik

  • ? Tigas Cameron Pharmacy; 58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791.
  • ? Watson. Lot 7&8, Grundd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
  • ? Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448).
  • ? Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654.
  • ? Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478 Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074).

Balai & Pondok Polis

  • Tanah Rata – 05 491 5443
  • Brinchang – 05 491 1222
  • Kg. Raja – 05 498 1222
  • Ringlet – 05 495 6222
  • PP Tringkap – 05-496 2222
  • PP Lembah Bertam – 05-4956373

Sumber: Nur Melissa