1. DIMM/SO-DIMM
Anda biasanya akan temui dua jenis RAM dijual dalam pasaran iaitu:
- DIMM: Dual In-Line Memory Module
- SO-DIMM: Small Outline DIMM
DIMM digunakan pada komputer jenis desktop. SO-DIMM digunakan pada laptop.
2. DDR
DDR adalah kependekan kepada Double Data Rate. Biasanya akan ada angka selepas DDR# untuk menunjukkan di dalam generasi manakah modul DDR itu berada. Generasi terbaharu adalah DDR5 tapi DDR4 buat masa ini masih lagi mendominasi pasaran.
Biasanya motherboard hanya menyokong satu jenis DDR sahaja dan perlu anda tahu yang platform AMD AM5 yang terbaharu hanya menyokong DDR5.
Anda tidak boleh campur generasi RAM di atas satu motherboard.
3. GDDR
GDDR adalah kependekan kepada Graphic Doubel Data Rage. Ia digunakan pada grafik kad dan anda tak boleh belinyapun secara berasingan. Cara penamaan juga menggunakan nombor mengikut generasi.
Generasi GDDR paling baharu adalah GDDR6X.
4. Kapasiti & Halaju
Kapasiti adalah jumlah RAM yang terkandung di dalam modul. Biasanya ia diukur dalam unit Gigabait (GB). Lebih tinggi kapasiti, lebih baik untuk sistem komputer dan seperti biasa, lebih mahal. Konfigurasi biasa yang anda temui dalam pasaran adalah komputer dengan RAM 8GB untuk kegunaan baisa, ataupun 16GB untuk gaming dan kerja-kerja berat lain.
Halaju modul RAM dinyatakan pada modul selepas angka generasi. Misalnya DDR4-1600 bermakna modul itu ada kelajuan 1,600 Megahertz (MHz). Biasanya kelajuan modul RAM boleh dirasai boleh bermain game. Untuk kerja biasa, kapasiti adalah lebih penting.
5. Slot RAM
Sebelum beli RAM, periksa berapa banyak slot yang boleh anda akses pada komputer atuapun laptop. Di laptop biasanya ada dua ataupun jarang-jarang, satu kerana modul yang pertama telah dipateri pada papan utama.
Sewaktu membeli, pastikan kapasiti dan halaju adalah sama ataupun sehampir mungkin dengan modul RAM sedia ada kerana apabila lebih daripada satu modul dikesan, sistem akan beroperasi berdasarkan bacaan halaju terendah antara kedua-dua RAM.