Cara mudah sukat penggunaan minyak kenderaan anda

HomeTips & TricksAutomotif

Cara mudah sukat penggunaan minyak kenderaan anda

Setiap kali isi minyak, anda perlu reset tolok kilometer.

Pandu kenderaan seperti biasa hingga perlu isi minyak semula.

Dekat stesen minyak, catatkan berapa kilometer yang anda pergi sebelum isi minyak. Contoh dalam gambar 295.1km

Bila dah isi, tengok pam minyak dan catat berapa liter minyak masuk tangki atau rujuk pada resit jika anda isi guna kad kredit. Contoh dalam gambar 8.301L.

Sebelum keluar stesen minyak, reset semula tolok kilometer.

Anda tahu berapa jauh ada dah gerak (1) dan berapa banyak minyak yang masuki tangki (2). Bahagikan data kilometer dengan liter untuk dapat berapa jauhkah kenderaan boleh pergi dengan 1L minyak. Contoh, 295.1km/8.301L=35.55km/L.

Kalau anda tahu kapasiti tangki minyak, anda boleh agak berapa jauh boleh jalan tanpa perlu risau dengan lampu isi minyak lagi. Contoh kalau kenderaan ada tangki 11 liter. Based on nombor yang kita dapat, dia boleh pergi sehingga 391.05km (35.55km/L x 11L).

COMMENTS

DISQUS: 0