Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Malaysia mohon tambahan kuota Haji musim 2025 dari Arab Saudi

Kerajaan Malaysia masih menunggu respons daripada Arab Saudi berkenaan permohonan penambahan kuota Haji musim 2025. Ia dimaklumkan Datuk R. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Menurut Menteri, pasukannya sudahpun menghantar permohonan rasmi kepada Menteri Kementerian Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah.

Persiapan musim Haji tahun 2025 / 2026 bermula sekarang

Buat masa sekarang, Malaysia telah diberikan kuota sebanyak 31,600 orang untuk mengerjakan haji. Musim haji 2025 sudahpun bermula apabila bermulanya program Muzakarah Haji Kebangsaan siri 1446H/2025 yang bertempat di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam program tersebut, perbincangan akan dilakukan untuk mengenal pasti dan merangka penyelesaian isu berbangkint berkaitan Haji. Oleh sebab itu, ia bukan sahaja akan memanfaatkan jemaah Haji, malah semua muslim di Malaysia pada segi tatacara mengerjakan haji secara sistematik.

8 Rahsia Masjid al-Haram Yang Anda Perlu Tahu

Kursus Asas Haji 2024 sudahpun berjalan

Persiapan musim Haji 2025 sudahpun bermula. Lembaga Tabung Haji dah keluarkan jadual Kursus Asas Haji (KAH). KAH Asas Haji (KAH) boleh disertai oleh bakal-bakal jemaah haji. Ada sebanyak 13 siri KAH diadakan setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit, bermula dari bulan Rabi’ul Akhir hingga Jamadil Akhir setiap tahun.

Kursus Asas Haji Musim 1446H/2025M

KAH diadakan di masjid-masjid terpilih di seluruh negara dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jabatan Agama Islam Negeri. Sewaktu berkursus, bakal jemaah akan didedahkan dengan ilmu asas mengenai ibadat haji termasuklah topik berkaitan kesihatan dan pengurusan haji di Malaysia dan Mekah/Madinah.

Musim Haji 2025: 7 e-buku percuma Haji & Umrah

KAH boleh disertai secara pecuma. Ia terbuka untuk pendeposit Tabung Haji yang mempunyai Giliran Tunai Haji pada tahun 1446H (2025) dan 1447H (2026). Cara untuk mengetahui sama ada anda layak mengikuti KAH tahun 2025 adalah apabila anda menerima SMS ataupun surat daripada Pejabat TH. Kalau nak lagi cepat, boleh terus semak dengan Pejabat TH berdekatan.

Jadual Kursus Asas HAji 2025 boleh anda muat turun sekarang.