Musim Haji 2025 sudahpun bermula dengan bermulanya Kursus Asas Haji 2025. Sedang jemaah mempersiap diri dengan ilmu-ilmu menunaikan haji, jangan lupa untuk mengambil maklum juga hal-hal teknikal seperti logistik. Ia bagi melancarkan perjalanan menunaikan haji anda.
Sila ambil maklum tentang tarikh dan lokasi penting berkisarkan musim Haji 2025.
Tarikh penerbangan pergi dan pulang Haji 2025
Hari Wuquf untuk musim Haji 2025 akan jatuh pada hari Sabtu, 5 Jun 2025. Kebiasaannya, penerbangan haji pertama sesuatu musim akan berlepas pada 1 Zulkaedah. Jadi untuk tahun 2025, penerbangan pertama dijangka akan berlepas pada 29 April 2025 (Selasa).
Untuk penerbangan terakhir, Tabung Haji tetapkan seminggu sebelum wukuf sebagai tarikhnya. Jadi untuk musim Haji 2025, penerbangan haji terakhir tahun tersebut akan berlepas pada 28 Mei 2025 (Rabu).
Setelah hari Wukuf, tibalah masanya utuk penerbangan pulang jemaah Haji. Penerbangan pulang pertama jemaah Haji 2025 mengikut perkiraan adalah pada 14 Jun 2025 (Sabtu) dengan penerbangan akhir akan berlepas pada 10 Julai 2025.
Berikut adalah ringkasannya.
Penerbangan pergi jemaah Haji 2025
- Penerbangan pertama KT: 1 Zulkaedah 1446H / 29 April 2025 (Selasa)
- Penerbangan terakhir KT: 3 Zulhijjah 1446H / 28 May 2025 (Rabu)
Penerbangan pulang jemaah Haji 2025
- Penerbangan pertama KT: 18 Zulhijjah 1446H / 14 Jun 2025 (Sabtu)
- Penerbangan terakhir KT: 15 Muharram 1447H / 10 Julai 2025 (Khamis)
Lokasi berlepas pergi bakal Haji & Hajjah
Tabung Haji tetapkan 8 lokasi berlepas bakal jemaah Haji untuk ke tanah suci. Berikut adalah senarainya:
- Kuala Lumpur International Airport, Sepang
- Pulau Pinang International Airport, Bayan Lepas
- Senai International Airport, Johor
- Kota Kinabalu International Airport, Sabah
- Kuching International Airport, Sarawak
- Sultan Mahmud Airport, Terengganu
- Sultan Abdul Halim Airport, Kedah
- Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu, Kelantan
Aliran gerak jemaah Haji 1447H
Untuk kemudahan, Tabung Haji ada sediakan carta alir untuk dirujuk jemaah haji. Ia bertujuan untuk melicinkan pergerakan jemaah haji sewaktu ingin berlepas. Berikut adalah pergerakan jemaah haji ketika berada di Movenpick Hotel & Convenction Centre KLIA:
- Ketibaan jemaah Haji
- Menyusun bagasi mengikut penerbangan
- Daftar masuk dan terima peralatan haji
- Mengimbas bagasi
- Terima pas penerbangan
- Daftar masuk bagasi dan timbang
- Pemeriksaan diri dan bagasi carry-on
- Taklimat akhir di balai berlepas
- Naik bas ke KLIA
- Tiba di KLIA
- Pelepasan imigresen Malausia
- Pelepasan imigresen Arab Saudi
- Naik pesawat
Jemaah haji dijadual akan mendarat di sama ada, Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport, Madihan, ataupun King Abdulaziz International Airport, Jeddah, Arab Saudi. Sesudah tiba, bagasi akan dihantar terus ke hotel penginapan jemaah.
Sementara itu, jemaah akan menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dibenar keluar daripada terminal lapangan terbang. Mereka seterusnya akan menaiki bas khas untuk ke tempat penginapan.
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.