Kalau anda sedang cari kabel USB murah untuk mengecas gajet, adalah penting untuk anda faham perkara ini. Pengeluar kabel USB itu mungkin menerapkan beberapa helah untuk turunkan kos seunit kabel tersebut. Memang harganya murah, namun anda mungkin korbankan kecekapan mengecas, kelajuan perpindahan data, dan kualiti.
Ini perkara yang perlu anda tahu tentang kabel USB sedang anda pegang itu.
5G ke eSIM: 25 Istilah Smartphone 2024 yang Perlu Anda Tahu
1. Tebal wayar penentu prestasi kabel USB
Dalam kabel USB terdapat wayar yang menjalankan pelbagai tugas. Wayar ini ada ketebalannya yang tersendiri yang diukur menggunakan piawiaan American Wire Gauge (AWG). Sifirnya, lebih tebal wayar, lebih rendah rintangan dan lebih berkesan perpindahan data dilakukan. Namun, wayar tebal mahal harganya.

Jadi untuk berjimat, pengeluar akan gunakan wayar teras senipis mungkin. Wayar yang nipis dalam kabel USB murah akan berdepan isu seperti rintangan tinggi, voltan rendah, dan menjurus kepada panas terutamanya bila kabel USB diguna untuk pengecasan pantas.
Sebagai rujukan, USB.org menyarankan wayar berukuran antara AWG 20 hingga 28 untuk alirkan kuasa dan AWG 26 hingga 34 untuk perpindahan data.

2. Inteferens Elektromagnet perencat isyarat
Selain daripada rintangan, inteferens daripada gelombang elektromagnet juga boleh merencatkan prestasi kabel USB. Data dihantar daripada sumber ke destinasi menggunakan denyutan elektrik, sama seperti kod Morse, cumanya ia berlaku sepantas cahaya dan frekuensi tinggi.

Denyutan elektrik ini boleh dipengaruhi gelombang elektromagnet yang menyebabkan isyarat yang sampai ke destinasi tak sama dengan isyarat sumber. Oleh sebab itu, biasanya, wayar teras dalam kabel USB dilindungi kepingan pelindung dalam bentuk alumunium foil.
Pengeluar yang nak jimat kos mungkin gunakan wayar teras yang ada pelindung yang minimum ataupun tiada langsung.
3. Kepala USB murah guna komponen tak ikut spesifikasi
Kabel USB Apple benda paling cepat rosak daripada Apple. Pengguna iPhone memang dah muak dengan situasi ini. Malah, di Shopee dan Lazada ada banyak sarung yang dijual untuk halang kabel daripada rosak. Kalau rosak, kenalah beli yang baru.

Anda percaya kabel nipis ini harga RM159? Sedangkan jenama macam Baseus, Mcdodo, dan Xiaomi sendiri boleh jual pada harga separuh daripada itu.

Pengeluar mungkin memenuhi piawaian USB tapi bahan binaannya pula tak berkualiti. Contohnya, untuk kabel USB-C ke USB-C yang sokong USB PD, piawaian menyatkaan yang satu komponen bypass capacitor perlu dipasang pada pin VBUS kedua-dua hujung USB-C. Kapasitor itu perlu ada sekurang-kurangnya rating 10nF dan rating voltan 30V.
Namun, perasankah anda yang ada dua kabel USB daripada pengeluar yang sama tapi harganya jauh beza. Ini sebabnya.
Tips pilih kabel USB murah yang betul
Nasihat yang cliche adalah cari daripada pengeluar dan penjual yang dipercayai. Mahal tak semestinya baik, murah tak semestinya murahan. Harga kabel USB sangat bergantung kepada spesifikanya. Soalan yang seterusnya yang perlu ditanya adalah untuk kegunaan apakah kabel yang akan anda beli.
Kabel USB untuk mengecas
Di Lazada dan Shopee, anda pasti boleh dapatkan kabel USB-C ke USB-C yang sokong 100W atuapun 240W pada harga bawah RM20. Ya, ia berkualiti tinggi.
Tapi ia tak sesuai untuk perpindahan data. Anda perlu tahu yang bagi memungkinkan harga tersebut, pengeluar kabel hanya penuhi piawaian USB 2.0 yang ada jalur perpindahan 480Mbps. Kabel ini tidak boleh digunakan untuk DisplayPort ataupun pindahkan fail pada kelajuan mencapai Gbps.

Beli kabel Baseus 240W 480Mbps di Shopee
Kalau anda nak cas telefon, cas gajet, ataupun telefon anda hanya sokong USB 2.0 untuk perpindahan data, cukuplah beli kabel ini. Namun, kalau anda nak sambung ke monitor tambahan ataupun sambung ke storan berkelajuan tinggi, sila beli kabel USB seterusnya ini.
Kabel USB untuk pindah data
Kabel USB4 yang paling murahpun boleh saya temukan pada harga bermula RM20 dan bergantung kepada jenama, boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Kabel ini menyokong perpindahan data melebihi 40Gbps dan menyokong DisplayPort 8K/60Hz.
Berbanding USB 2.0, USB4 mempunyai pendawaian yang lebih kompleks dan standardnya lebih ketat. Contohnya, kabel USB4 wajib ada pelindung interferens dan wajib ada e-marker.

Beli kabel Baseus 240W 40Gbps di Shopee
Jadi, boleh disimpulkan yang komponen kuasa dan komponen data pada kabel USB nyata mempengaruhi harga kabel USB, selain daripada binaannya.
Sumber: USB