Perasan tak kerak hitam di permukaan seterika anda? Bukan saja ia tak cantik, malah jadikan proses gosok baju lambat dan lebih parah, tinggalkan kesan hitam pada pakaian. Ini cara untuk pulihkan seterika anda untuk pengalaman menggosok baju yang lebih lancar.
Kenapa ada kesan bakar di seterika?
Ada beberapa penyebab kepada kesan terbakar di permukaan panas sterika. Antaranya adalah:
- Suhu menggosok terlampau tinggi yang tak sesuai dengan jenis fabrik yang ingin digosok. Contohnya, sutera dan poliester sangat mudah mencair jadi suhu yang rendah diperlukan.
- Fabrik sintetik yang keluarkan habuk halus mencair apabila terkena seterika dan tergumpal di permukaan besi seterika.
- Kerak daripada kanji dan pelembut pakaian juga boleh menyebabkan kesan bakar kerana ia berasaskan lilin dan apabila selesai menggosok, ia akan mengeras di permukaan seterika.
- Menggosok imej atas pakaian yang menggunakan kaedah heat-transfer boleh mencairkan material imej itu sendiri.
- Deposit mineral daripada seterika stim dalam bentuk kalsium turut menyumbang kepada kerak yang terkumpul bahagian bawah seterika.