Gaya Studio Ghibli memang sangat ikonik dalam kalangan peminat animasi. Tambah mengagumkan yang sebahagian besarnya adalah lukisan tangan. Namun, kemajuan teknologi masa ini jadikan ia boleh ditiru dengan AI khususnya ChatGPT, Grok 3 xAI, dan Google Gemini. Artikel ini saya akan ajar anda cara untuk tukar gambar anda jadi anime gaya Studio Ghibli guna tiga jenis AI chatbot.

Gaya Ghibli guna ChatGPT (GPT-4o Image Generation)
- Log masuk ke dalam akaun ChatGPT (tidak perlu langganan premium)
- Mulakan perbualan dengan ChatGPT, tanyakan dia adakah dia ketahui tentang Studio Ghibli.
- Susuli dengan soalan adakah dia boleh hasilkan gambar berinspirasikan Studio Ghibli daripada gambar yang akan anda kongsikan.
- Kongsikan gambar dengan ChatGPT dan tunggu hasilnya.
Gaya Ghibli guna Grok 3 (xAI di X/Twitter)
- Muat naik imej yang ingin dirujuk Grok 3.
- Lampirkan prompt seperti “Generate a Ghibli-style image based on the photo I have provided.
- Reviu gambar yang dijana dan lakukan penyuntingan untuk perbaik hasil janaan.
Gaya Ghibli guna Google Gemini
- Buka Gemini AI di pelayan web ataupun aplikasi telefon pintar.
- Taip masuk butiran prompt yang anda ada. Contohnya, “reimagine this photo into Studio Ghibli style”, muat naik gambar yang ingin dirujuk.
Dah kenapa Studio Ghibli viral?
Kepopularan gaya Ghibli janaan AI meletup-letup di media sosial kerana ia banyak mengimbau kenangan lampau. Malahan CEO ApenAI, Sam Altman juga “teracun” apabila tukar gambar profil akaun sosialnya kepada gaya animasi itu.

Antara faktor penyumbang kepada penularan trend ini adalah seperti:
- Nostalgia: Pengguna yang membesar dengan karya Hayao Miyazaki pastinya teringat kisah-kisah seperti Spirited Away lantas menarik mereka untuk sertai trend.
- Tarikan Estetik: Warna lembut, landskap khayalan, dan tahap butiran yang tinggi jadikan gaya Ghibli sangat mudah dicam.
- Mudah dihasilkan: AI jadikan sesiapa sahaja boleh jana gaya Ghibli.