Touch ‘n Go (TNG) eWallet ada satu feature yang dikenali sebagai TNG Go+. Dengannya, anda boleh jana keuntungan setiap hari ke atas baki eWallet anda. Jadi, TNG eWallet bukan sekadar dompet digital untuk lakukan pembayaran, malah untuk pelaburan juga. Ini penjelasan lanjut tentang TNG Go+ dan kenapa anda ketinggalan kalau masih belum mula manfaatkan TNG Go+ di aplikasi TNG eWallet anda.
Apakah TNG Go+
TNG Go+ adalah ciri mikropelaburan dalam aplika TNG eWallet. Ia adalah hasil kerjasama TNG dengan Principal Asset Management Berhad (Principal). Duit yang anda deposti kedalam TNG Go+ akan dilaburkan kedalam salah satu produk pelaburan Principal iaitu Principal e-Cash untuk menjana keuntungan secara harian.
Ciri utama TNG Go+
- Pulangan Harian: Baki dalam TNG Go+ menjana pulangan setiap hari. Setakat 10 Oktober 2024, pulangan tahunan yang ditawarkan adalah 3.45%. Makanya, untuk setiap RM1,000 yang dimasukkan, Go+ akan berikan anda pulangan kira-kira RM0.09 setiap hari.
- Pembayaran eWallet: Bila nak buat pembayaran guna TNG eWallet, Quick Reload Payment akan keluarkan dana daripada TNG Go+ sekiranay baki eWallet tidak mencukupi untuk transaksi. Semuanya berlaku secara automatik.
- Tak perlu pantau baki eWallet: Anda tak perlu kekalkan baki dalam eWallet kerana lebihbaik simpan dalam TNG Go+ untuk jadi dividen harian.
- Baki maksimum: Anda boleh deposit sehingga RM9,500 ke dalam TNG Go+, dan ia diterjemah kepada RM0.89 pulangan harian ataupun RM27 sebulan.

Kelebihan TNG Go+
- Mudah disertai: Anda boleh mula dengan deposit serendah RM10.
- Dana yang cari: Boleh di keluarkan pada bila-bila masa
- Patuh syariah: Principal e-Cash adalah produk patuh Syariah
- Pembayaran eWallet automatik: Bayar transaksi eWallet seperti biasa dengan Quiack Reload Payment.

Cara jana pendapatan sambil goyang kaki
Anda perlu naik taraf akaun TNG eWallet ke Premium untuk buka fungsi TNG Go+. Berikut adalah keperluannya:
- Pemilik akaun warganegara Malaysia
- Pemilik akaun 18 tahun ke atas
- Pemilik akaun jalankan e-KYC dengan TNG eWallet
- TNG Go+ tidak tersedia kepada warga asing
Anda boleh layari laman rasmi TNG Go+ untuk maklumat lanjut.