Kingston Technology, mereka lancarkan kempen “Built on Commitment” untuk wilayah Asia Pasifik. Apa yang persamaan yang penyunting video, gamers, dan pencipta kandungan guna telefon, ada? Mereka semua perlukan peralatan yang boleh diharapkan. Itulah tanggungjawab yang ingin disandang Kingston Technology pada segi solusi storan.
Apa dia kempen “Built on Commitment” Kingston ini?
Kingston memperkenalkan 4 persona yang mewakili setiap satu tiang utama jenama itu:
- Prestasi: Untuk poweruser yang guna peralatan mereka ke tahap paling maksimum
- Kualiti: Untuk pencipta kandungan yang perlukan produk tahan lama
- Keutuhan: Untuk professional yang tak inginkan sebarang downtime
- Servis: Untuk semua yang perlukan sokongan dalam apa jua keadaan
Secara asasnya, Kingston nak menyuntik sifat manusiawi ke dalam jenama mereka.

5 produk Kingston yang boleh anda usyar dalam tahun 2025
Kalau anda jenis yang tak makan dek “marketing” yang melampau-lampau, cuba anda tengok sendiri produk-produk yang ditawarkan Kingstom. Berikut adalah 5 yang boleh anda cari dalam pasaran.
Kingston FURY Renegade DDR5 RAM
FURY Renegade DDR5 RAM adalah memori flagship untuk PC ataupun workstation berprestasi tinggi. Ia tawarkan kelajuan sehingga 7200MT/s dan sokong XMP 3.0 juga. Pengguna boleh jangkakan latensi yang rendah, prestasi yang lancar, dan ruang yang lapang untuk lakukan overclocking.

Beli Kingston FURY Renegade DDR5 RAM di Shopee
Kingston XS2000 External SSD
Solusi storan mudah alih yang lasak dan superpantas. Kingston XS2000 External SSD ada pemuka USB 3.2 Gen 2×2 SSD untuk berikan kelajuan perpindahan data sehingga 2000MB/s. Produk ini sesuai untuk pencipta kandungan yang hasilkan video sehingga 8K.

Beli Kingston XS2000 External SSD di Shopee
Kingston NV2 NVMe PCIe 4.0 SSD
NV2 NVMe PCIe 4.0 SSD adalah produk storan mampu milik. Ia sesuai untuk pengguna yang ingin berikan nafas baharu pada laptop ataupun konsol permainan. Ini adalah naik taraf yang sempurna kerana anda tak perlu pecah tabung untuk dapatkannya.

Beli Kingston NV2 NVMe PCIe 4.0 SSD di Shopee
Kingston IronKey Locker+ 50
Buat yang pentingkan keselamatan, IronKey Locker+50 tawarkan sistem penyulitan AES 256-bit di dalam badannya sendiri. ini adalah pemacu kilat antara yang paling selamat dalam pasaran buat masa ini.

Beli Kingston IronKey Locker+ 50 di Shopee
Kingston DataTraveler Max USB-C
Bosan dengan kelajuan perpindahan yang rendah? Cuba usyar DataTraveler Max USB-C yang berikan kelajuan sepantasn 1000Mb/s. Ia sesuai untuk anda lakukan sandaran media, perpindahan data merentasi peranti, ataupun nak kosongkan storan iPhone/Android.

Beli Kingston DataTraveler Max USB-C di Shopee