SSD PCIe 5.0 NVMe Kingston Fury Renegade G5 kini ditawarkan dalam kapasiti 8TB. Ia adalah kapasiti storan kategori consumer paling luas setakat ini untuk kategorinya. Penawaran ini sesuai untuk pengguna yang nak simpan fail dalam kuantiti yang banyak disamping banyak mengendalikan projek 3D yang berat.

SSD ini mengguna pakai teknologi PCIe 5.0 dan modul storan 3D TLC NAND. Pengeluarnya mendakwa storan ini boleh mencapai kelajuan baca/tulis masing-masing sehingga 14,800MB/s dan 14,000MB/s dengan prestasi IOPS sehingga 2 juta. Nak dikatakan di sini yang ia adalah SSD berprestasi tinggi yang bukan sahaja ada kapasiti besar malah boleh tampung bebanan kerja-kerja berat tanpa masalah.

Pengguna yang berminat untuk dapatkannya boleh temuinya di gedung dalam talian pada harga RM5,099. Setiap unit Kingston Fury Renegade G5 dilindungi jaminan selama 5 tahun lamanya.
Selain 8TB, Kingston Fury Renegade G5 juga ditawarkan dalam storan 1TB dan 4TB untuk alternatif yang lebih mampu milik, masing-masing pada harga RM936 dan RM1,500.
Kalau Kingston Fury adalah kategori flagship, ada juga kategori harga patut yang boleh pengguna dapatkan daripada jenama itu. SSD dengan harga lebih rendah daripada Kingston adalah siri Kingston NV3 dan Kingston KC3000.
Anda boleh layari laman rasmi Kingston untuk maklumat lanjut.
