Unifi Mobile telah mengumumkan promosi mereka untuk musim Haji 2025. Ada beberapa pas perayauan menarik untuk Arab Saudi dengan tempoh sah antara 1 hari hingga 45 hari untuk dipilih. Kesemua pas ini datang dengan capaian Internet “tanpa had” berkuota.

Uni5G Roam Unlimited 45-Day Pass RM125
Pelan yang ada tempoh sah paling panjang adalah Uni5G Roam Unlimited 45-Day Pass yang berharga RM125. Apabila melanggan, anda dapat kuota harian berkelajuan tinggi sebanyak 2GB.
Sekiranya penggunaan melangkaui kuota, kelajuan akan diselaraskan kepada 512kbps sehinggalah kitaran hari berikutnya, mengikut waktu pengaktifan anda. Pass booster boleh dibeli pada harga RM15 seandainya anda perlukan kuota tambahan.

Uni5G Roam Middle East Unlimited Data 30-Day Pass
Satu lagi pilihan yang anda ada adalah pas dengan tempoh sah 30 hari. Ia boleh didapatkan pada harga RM85. Pass ini sesuai untuk pengguna yang penerbangan Haji agak lewat dan tidak tinggal di Arab Saudi terlalu panjang. Lain-lain pelan yang jug aboleh dipertimbang adalah seperti:
- 15 hari – RM75
- 7 hari – RM45
- 1 hari – RM15
Perlu diingatkan yang pelan ini tidak datang dengan sebarang manfaat tambahan seperti panggilan masuk percuma. Ia berbeza dengan penawaran CelcomDigi yang berikannya disamping kuota panggilan suara sekali dengan pelan yang dilanggan.
Panggilan masuk dicaj pada harga RM5.80/minit sementara panggilan keluar juga pada RM5.80/minit untuk panggilan dalam Arab Saudi, RM9.00/minit untuk panggilan ke Malaysia, dan RM25.00 untuk panggilan ke negara lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Unifi Mobile Hajj season promotion.