Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 3: Rukun Haji
Subtopik 1: Niat ihram
Jemaah akan belajar bila waktu yang sesuai untuk leafazkan niat. Jenis haji juga akan dipelajari seperti haji tamattuk, ifrad, dan qiran.

Subtopik 2: Wuquf
Wukuf merupakan salah satu rukun haji yang tak boleh ditinggalkan. Apabila seseorang tidak melaksanakan wukuf, maka haji yang ditunaikan menjadi tidak sah.
Wukuf dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah di Padang Arafah dengan berdiam diri dan memperbanyak dzikir dan doa. Berikut penjelasan lengkap mengenai wukuf.

Subtopik 3: Tawaf
Tawaf berasal daripada kata kerja Arab iaitu ‘Taafa’, yang bermaksud ‘mengepung sesuatu’ atau ‘berjalan di sekeliling sesuatu’. Di dalam Islam, ibadah tawaf merujuk kepada pusingan atau mengelilingi Kaabah tujuh kali mengikut arah lawan jam sebagai sebahagian daripada Umrah atau Haji yang bermula dari Hajr-al-Aswad.
Ibadah tawaf merupakan satu kewajiban dan penting bagi ibadah haji dan umrah kerana ianya merupakan rukun. Tanpa tawaf, ibadah yang anda lakukan tidak sempurna. Semasa anda melakukan tawaf, jemaah haji/umrah akan bertakbir, tasbih, tahlil, tahmid, berzikir, baca al-Quran, berdoa kerana doanya mustajab.

Subtopik 4: Sa’ie
Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 405 meter. Ketika melintasi Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.

Subtopik 5: Bercukur
Menanggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangya tiga helai rambut mengikut syarat-syarat sahnya. Waktu perlaksanaannya berbeza dengan haji iaitu boleh dilakukan setalah selesai tawaf dan sai’e dengan sempurna.

Subtopik 6: Tertib
Rukun haji hendaklah dikerjakan dengan tertiba pada kebanyakan rukun.

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.