Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 6: Aurat, Izin Suami, Taharah, dan Solat
Aurat
Aurat lelaki:
- Menutup pusat hingga ke lutut
- Sebaik-baiknya memakai ihram dari rumah, stesen berlepas (Tanah Air) atau hotel (Madinah).
- Tidak disunatkan beridtiba’, kecuali ketika tawaf diikuti dengan Sa’ie selepasnya
- Sila berurusan di luar bilik bagi jemaah haji berlainan jantina (walaupun untuk bertemu suami/isteri)
Aurat Wanita:
- Menampakkan muka sahaja
- Melabuhkan tudung menutupi dada
- Menutup hingga ke pergelangan tangan
- Memakai stokin
- Pekaian tebal, longgar, dan tidak menyerupai lelaki
- Menutup bawah dagu
Izin Suami atau Wali
Wanita yang berkahwin, jika tiada keizinan suami, mereka perlu memenuhi syarat iaitu:
- Ada mahram yang menemaninya
- Yakin aman dalam perjalanan
- Perbelanjaan selama perjalanan adalah tanggungan sendiri:
- Tidak menggunakan harta suaminya
- Suaminya tidak memerlukannya selama ia pergi
- Haji yang dikerjakan tanpa izin suami/wali, hajinya sah tapi berdosa
Wanita yang kematian suami
- haram bagi wanita tersebut keluar rumah dan idhad (berhias-hias). Wajib baginya menangguhkan pemergian ke Tanah Suci.
- Tempoh Iddah kematian suami 4 bulan 10 hari.
Wanita kematian suami di Tanah Suci
- harus bagi wanita tersebut mengerjakan ibadat haji dan umrah
- keluargkan keluar masuk hotel kecuali ada keperluan
- menyelesaikan perkara-oerakara yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah
- menunaikan solat di Masjidil Haram, mengikuti program yang disusun oleh Maktab sekiranya bimbang dan tiada jaminan keselamatan jika berseorangan
- Perlu menjaga adab dalam iddah, sentiasa bersama dengan perembuan yang thigah (boleh dipercayai).
Taharah Istinjak, dan Wuduk
Rukun Wuduk
- Niat
- Basuh Muka
- Basuh tangan hingga siku
- Basuh kepala Basuh kaki hingga buku lali
Wuduk di Tanah Suci
- Bersentuhan lelaki wanita halal nikah tidak batal wuduk sekiranya tanpa syahwat
- Ini adalah pendapat marjuh dan ia digunakan di Tanah Suci kerana kesukaran dan hajat.
- Boleh digunakan sepanjang Tanah Suci dan ketika kesukaran perjalanan seperti dalam pesawat ataupun bas.
- Ini adalah keputusan Muzakaran Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-21 dan 22.
Solat Bahagian 1
- Rukun Solat
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Berdiri bagi yang mampu
- Membaca surah Al Fatihah
- Ruku’ dengan Tama’ninah
- ‘Itidal dengan Tama’ninah
- Sujud dengan Tama’ninah
- Duduk antara 2 sujud dengan Tana’ninah
- Duduk Tasyahdud Akhir
- Membaca Tasyadud Akhir
- Selawat atas nabi dalam tsyadud akhir
- Memberi salam
- Tertib
Solat Bahagian 2
Solat Qasar
Mengerjakan dua (2) rakaat sahaja bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak. Tidak bagi solat Magrib dan Subuh. Syarat-syarat:
- hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syarak
- jauh perjalanan tidak kurang daripada dua (20 marhalah (91 kilometer)).
- berniat qasar dan takbiratul ihram.
- tidak beriman dengan orang yang solat tamam
- hendaklah solat qasar itu terdiri daripada solat yang empat (4) rakaat sahaja
Solat jamak
Menghimpunkan solat zohor dengan asar, maghrib dengan isyak. terbahagi 2:
- Jamak Taqdim
- Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor atau solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib
- Jamak Ta’khir
- Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak
- Dibolehkan solat jamak di Arafah dan Mina kerana masyaqqah / hajat.
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.