Saya selalu tertanya-tanya berapa kos elektrik penapis air rumah saya? Dalam artikel ini reviu cara pintar dan sangat murah untuk anda ketahui penggunaan elektrik peralatan rumah guna Smatrul. Lagi menarik, boleh kawalnya daripada jauh guna telefon pintar. Bukan saja boleh pantau bil elektrik malahan boleh jadikan rumah anda lebih pintar.

Smatrul soket pintar dengan WiFi dan Bluetooth
Soket pintar Smatrul ini saya dapatkan daripada Shopee pada harga bawah RM30. Bila keluar kotak, ia perlu disambungkan pada aplikasi telefon sama ada Android atuapun iOS.

Proses nak sambungkannya mudah dan pantas. Kurang daripada 2 minit kalau tak termasuk masa yang diguna sewaktu wujudkan akaun Smatrul kali pertama.

Bila dah daftar soket pintar dalam, saya boleh lupakan sepenuhnya soket tu sebab semua dikawal daripada jauh, kecuali bila nak reset saja.
Smatrul soket pintar untuk jejak penggunaan elektrik
Daripada APP Smart Life, saya boleh hidup dan matikan suis daripada telefon. Tak semestinya kena ada dalam WiFi yang sama, tapi bila berada di luar pun boleh asalkan ada sambungan Internet.

Setiap kali terdapat perubahan, sistem akan logkan bila masa ia on dan bila masa ia off. Jadi, kita boleh lihat status suis itu kalau ada nak buat troubleshoot.
Perkara yang paling best, soket pintar ni dia juga boleh jejak penggunaan tenaga elektrik yang melaluinya. Contoh, saya sambungkan penapis air dan mesin basuh.

Saya boleh anggarkan kos elektrik untuk kedua-dua peralatan rumah ini. Kalau saya beli lebih banyak soket pintar ini, saya bolehlah tahu peralatan mana ataupun bilik mana yang gunakan tenaga yang banyak. Daripada situ bolehlah buat apa-apa penambahbaikkan.
Satu lagi ciri menarik yang boleh dimanfaatkan adalah fungsi timer. Saya boleh set waktu on dan waktu off soket ini ataupun tetapkan kiraan turun untuk lebih kawalan. Berikut adalah senarai timr yang ia ada:
- Countdown
- Schedule
- Circulate
- Random
- Inching
- Astronomical

Akhir sekali, ia juga boleh dikawal gunakan arahan suara kerana ia sokong Google Home.
Ciri keselamatan soket pintar Smatrul
Pada segi keselamatan, pengeluar ada nyatakan beberapa info. Pertama, soket ini mampu tampung sehingga 20A arus. Biasanya peralatan rumah beroperasi pada 10A atau 13A kecuali pendingin hawa. Kuasa yang mampu ia tampung adalah 4400W. Jadi, ia boleh digunakan untuk apa saja kelengkapan rumah.

Ubah rumah jadi pintar dengan soket Smatrul
Smatrul adalah satu gajet yang menarik kalau anda nak pintarkan rumah. Kos rendah, kualiti tinggi, tahap keselamatan cukup. Kalau nak lagi kepas, Smatrul juga ada dalam bentuk soket dalam dinding. Kalau nak pasangnya, anda kena gantikan soket sedia ada dengan yang pintar. Maknanya sedikit pendawaian semula diperlukan.

Kalau anda berminat nak cuba produk ini, link pembelian ada di bawah.