Keyboard mouse kombo terbaik bawah RM100 Keyboard mouse kombo terbaik bawah RM100

Rapoo 8000M kombo murah bawah RM100, sokong Bluetooth dan 2.4GHz | Reviu

Saya ada beli Logitech MK240 Nano waktu PKP dulu sebab kena WFH. Agak lama ia bertahan. Tapi tahun ke-5 ni dia dah mula tunjuk tanda menua. Sensor dia kadang-kadang tak detect. Roda skrol dah mula loose. Papan kekunci pun dah mula meragam, kekunci space bar dan backspace ada masanya tiada input.

YouTube player

Ada beberapa kali saya buka keyboard dan bersihkan litar. Cumanya, masalah dah jadi makin kerap. Maka dengan sebab itu, saya buat carian dan jumpa Rapoo 8000M ni.

Rapoo 8000M adalah kombo keyboard dengan mouse, pada harga lebih murah berbanding MK240 Nano Logitech. Walaupun murah, cirinya adalah sama, malah lebih baik.

Kelebihan paling besar 8000M adalah kaedah ia sambung dengan komputer. Ia sokong sambungan Bluetooth dan juga 2.4Ghz guna USB receiver. Dalam mode Bluetooth, ia boleh ingat sehingga 3 gajet dalam satu masa. Jadi, nak tukar antara laptop, tablet, atau telefon hanya perlu tekan satu butang. Tak payah ulang proses pairing setiap masa bila nak tukar peranti.

Kemudian, 8000M dia sokong kedua-dua layout Windows dengan macOS. Cuma tekan butang atas keyboard, ia boleh tukar kekunci Alt jadi Command. Jadi, pengguna MacBook tak payah guna kekunci Windows untuk trigger shortcut macOS.

Untuk kegunaan pejabat, 8000M memang sesuai sebab klik dan skrolnya senyap. Jadi, bila anda menaip, jiran sebelah takde la terganggu compare bila anda guna mechanical keyboard.

Satu lagi buat saya suka 8000M adalah baterinya. Dia cuma guna 1 bateri AA untuk keyboard, 1 bateri untuk mouse. Beli satu pek 2 biji dah cukup.

Jadi, buat anda yang perlukan kombo keyboard mouse harga murah, praktikal, dan boleh guna untuk Windows dan Mac, cubalah Rapoo K8000M. Harga bawah RM100 je. Link nak beli saya letak di bawah.

Saya jumpa anda lagi dalam video review yang seterusnya. Assalamualaikum.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *