APP YouTube Tips & Tricks APP YouTube Tips & Tricks

5 setting APP YouTube anda kena ubah untuk pengalaman tontonan lebih baik

YouTube adalah platform utama untuk layani kandungan video sebab ada di hampir kesemua platform daripada pelayan web, telefon, tablet, hinggalah ke TV pintar. Kalau layan YouTube menerusi APP, anda jangan tak tahu yang setting default aplikasi itu agak menjengkelkan. Artikel tips & tricks ini kongsikan 5 tetapan yang anda perlu ubah untuk pengalaman tonton YouTube yang lebih baik.

1. Matikan autoplay dalam feed

Ciri mainkan video automatik di feed adalah sesuatu yang menganggu. Ia bukan saja ganggu playlist dan sejarah tontonan. Malahan, kalau Wi-Fi anda ada kuota, ia tak semena-mena telan kuota Internet secara sebarangan.

Cara matikan autoplay di YouTube

  • Pergi ke tab You
  • Cari butang gear
  • Pergi ke General > Playback in feeds > tetapkan ke Off
  • Kalau nak lagi advance, boleh matikan autoplay bila tonton guna data mudah alih saja untuk penjimatan.
APP YouTube Tips & Tricks

2. Guna timer untuk main YouTube di background

Ada pengguna yang tak boleh tidur dalam keadaan sunyi. Jadi mereka biasa pasang video di YouTube sebagai bunyi-bunyian di latar. Kalau mainkan untuk 10 jam terus, bukankah merugikan?

Jadi ada fungsi jangka masa yang boleh anda manfaatkan. Ciri ini berguna bila anda tiada speaker pintar yang boleh ditetapkan ataupun anda ada video white noise kegemaran yang dah dimuat turn terlebih dahulu untuk didengari kemudian.

Cara tetapkan jangka masa di YouTube

  • Mainkan video
  • Cari butang gear
  • Tekan Sleep Timer
  • Pilih tempoh masa antara 10 – 60 minit atau henti main apabila video tamat
APP YouTube Tips & Tricks

3. Kawal notifikasi YouTube di telefon

YouTube memang banyak notifikasi. Kalau anda seorang pencipta kandungan, balasan komen peminat pun nak disalurkan notifikasi. Jadi, untuk pengalaman yang lebih baik, lebih bagus kalau dimatikan terus notifikasinya. Bila dah kawal notifikasi APP YouTube, barulah ruangan Notification Centre jadi bersih

Cara uruskan notifikasi YouTube di APP

  • Pergi ke tab You
  • Cari butang gear
  • Pergi ke Notification dan pilih jenis notifikasi yang ingin dimatikan
APP YouTube Tips & Tricks

4. Set mainkan video YouTube ke HD

Tetapan default di aplikasi YouTube bila anda mainkan video adalah 480p sedangkan rata-rata telefon masa ini ada skrin 1080p. Rugilah bukan? Jangan biarkan YouTube salurkan video beresolusi rendah hanya untuk jimatkan kuasa pengkomputeran mereka.

Cara tetapkan resolusi default video YouTube

  • Pergi ke tab You
  • Pergi ke Setting > Video quality preferences
  • Tetapkan Higher picture quality untuk Wi-Fi dan Mobile Network.

Malangnya, YouTube tak benarkan untuk mula tonton pada 1080p atau 4K tapi ini adalah solusi terhampir.

APP YouTube Tips & Tricks

5. Ubah kawalan video sewaktu menonton

Tahukah anda yang butang-butang atas skrin sewaktu video dimainkan juga boleh ditetapkan arahannya? Contohnya, ciri double-tap adalah untuk bawa anda forward ataupun rewind video dengan tetapan default 10 saat tapi boleh diubah untuk langkau lebih jauh ataupun dekat.

Tetapan autoplay untuk video seterusnya juga boleh dihidup/dimatikan disamping butang untuk aktifkan Zoom-to-Fill dan Picture-in-Picture (PiP)

Cara ubah kawalan video

  • Pergi ke tab You
  • Pergi ke Setting > Playback
APP YouTube Tips & Tricks

Perubahan kecil, besar naik taraf

Bunyi macam perubahan ringkas saja. Tapi ia berikan pengalaman menonton YouTube yang jauh lebih baik berbanding bila guna tetapan default. Anda boleh jimat data, perkemas notifikasi, dan juga jaga keharmonian playlist video anda.

Kalau dah cuba, silalah kongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Sokong inisiatif ini:

Penghasilan kandungan bermanfaat memang mengambil masa. Anda boleh bantu laman web ini terus beroperasi dengan lakukan apa-apa sahaja pembelian melalui pautan di bawah.

Butang Shopee BukuNota tanda sokongan