Kingston akhirnya ada tawarkan SSD dalam format M.2 2230 untuk produk PCIe 4.0 NVME mereka. Buat yang perlukan SSD murah bersaiz ini, ia ada dalam kategori Kingston NV3 iaitu SSD PCIe 4.0 NVMe versi mampu mereka. Ia sesuai untuk perluaskan storan konsol tangan dan laptop yang gunakan format storan bersaiz ini.
Kingston NV3 2230 sertai NV3 2280 sedia ada dan keluasan penyimpanan yang boleh dipilih adalah sama ada 500GB, 1TB, ataupun 2GB. Kelajuan baca/tulis storan ini boleh mencecah sehingga 6,000/5,000MB/s dan dikawal selia oleh mikropengawal NVMe Gen 4×4.

Spesikasi teknikal Kingston NV3 2230
- Form Factor: M.2 2230 (22x30mm)
- Antara muka: PCIe 4.0 x4 NVMe
- Kapasiti: 500GB, 1TB, 2TB
- Kelajuan (baca/tulis):
- 500GB: 5,000/3,000 MB/s
- 1TB: 6,000/4,000 MB/s
- 2TB: 6,000/5,000 MB/s
- Ketahanan (TBW):
- 500GB: 160TB
- 1TB: 320TB
- 2TB: 640TB
- MTBF: 2 juta jam
Gajet yang guna SSD M.2 2230
Semua laptop yang gunakan SSD 2280 boleh gunakan 2230 kerana saiznya yang lebih kompak. Namun, ada sesetengah gajet yang hanya boleh terima SSD jenis 2230 atas kekangan ruang dalam badannya. Contoh termurah adalah konsol permainan tangan seperti Valve Steam Deck dan ASUS ROG Ally, kedua-dua mereka boleh diperluas storan gunakan SSD M.2 2230.

Menariknya, Xbox Series S/X juga turut gunakan M.2 2230 sebagai modul storan walaupun ia bukanlah konsol permainan yang kecil. Lagi tentang Microsoft, Surface Laptop Pro juga gunakan storan jenis ini. Surface Pro 7+ dan yang keatas telah mula gunakan SSD M.2 2230 sejak tahun 2021.

Anda juga boleh manfaatkan saiz kompak SSD M.2 2230 untuk dijadikan storan kilat. Beli saja casing SSD di Lazada ataupun Shopee dan ubah jadi storan mudah alih.
Ringkasan penawaran PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD daripada Kingston
Di awal artikel ini saya ada katakan Kingston NV3 adalah produk SSD harga patut untuk PCIe 4.0 NVMe M.2. Jom saya ceritakan keseluruhan penawaran Kingston untuk kategori ini. Sebenarnya ia terbahagi kepada dua kategori besar iaitu Consumer/Mainstream ataupun Enthusiast/Gaming.

Bawah kategori Consumer/Mainstream, anda ada Kingston NV3 dengan Kingston KC3000 dengan kelajuan baca/tulis sehingga 7,000/7,000MB/s. Kalau nak prestasi lebih, anda kena tengok pada Kingston FURY Renegade G5 ataupun Kingstin FURY Renegade G5 yang ada kelajuan baca/tulis sehingga 14,800/14,000MB/s.

Anda boleh layari laman rasmi Kingston untuk maklumat lanjut.