Kemas kini September 2025
Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober 2025. Untuk maklumat anda. Kursus Asas Haji diadakan dalam 12 minggu dengan 2 minggu terakhir wajib dihadiri secara fizikal dengan tajuk Kesihatan (Minggu 11) dan Pengurusan (Minggu 12) bagi mengelakkan kekeliruan.
KAH Minggu 03 mendukung tajuk “Rukun Haji: Niat Ihram, Wuquf & Tawaf”. Berikut adalah intipati yang akan jemaah pelajari.
Rukun dan Wajib Haji
Jemaah akan pelajari 6 rukun haji iaitu niat ihram, wukuf, tawaf, sa’ie’, cukur, dan tertib. Penting untuk ikuti kerana terlepas salah satu rukun mungkin boleh buatkan denda dikenakan ataupun haji jadi tak sah.
Rukun 1: Niat Ihram
Penjelasan tentang niat, tujuan, masa sah untuk niat (1 Syawal–9 Zulhijjah sebelum fajar), lafaz niat, dan syarat berniat di miqat.
Rukun 2: Wuquf di Arafah
Perkongsian tentang wuquf sebagai teras kepada Haji. Jemaah turut akan pelajari lokasi khusus wuquf, lokasi, syarat sah, amalan sunat, dan peringatan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji.
Rukun 3: Tawaf
Pelajaran tentang maksud tawaf, jenis, niat, syarat, dan syarat sah seperti wuduk, menutup aurat, dan tawaf bermula dari Hajar Aswad. Sewaktu tawaf, jemaah perlu menghadap ke depan dan cukupkan tujuh pusingan di luar Kaabah dan Hijr Ismail. Pengelola juga akan kongsikan Muzakarah tentang najis ketika musim haji.
Perkara yang membatalkan tawaf
Senarai jelas perkara yang membatalkan tawaf seperti terbuka aurat, tidak cukup pusingan, berhadas, masuk Hijr Ismail, atau niat terganggu kerana fokus lain.
Amalan sunat tawaf
Idhtiba’, ramal, istilam, doa, berjalan kaki, muwalat, solat sunat tawaf.
Garis panduan praktikal
Cara jaga wuduk dalam kesesakan, najis dimaafkan, penggunaan buggy, dan kedudukan lampu hijau sebagai rujukan permulaan.
Penutup
Ringkasan rukun serta doa memohon Haji Mabrur.
Senarai video rujukan Kursus Asas Haji Minggu 03
Untuk alternatif, jemaah boleh muat turun versi PDF menggunakan pautan ini.