Kemas kini September 2025
Tabung Haji telah mengadakan program Kursus Asas Haji untuk musim 2026 sejak awal Oktober 2025. Untuk maklumat anda. Kursus Asas Haji diadakan dalam 12 minggu dengan 2 minggu terakhir wajib dihadiri secara fizikal dengan tajuk Kesihatan (Minggu 11) dan Pengurusan (Minggu 12) bagi mengelakkan kekeliruan.
KAH Minggu 05 mendukung tajuk “Wajib-wajib Haji: Niat di Miqat, larangan dalam ihram, dam & Mabit di Muzdalifah”. Berikut adalah intipati yang akan jemaah pelajari.
Wajib Haji
Jemaah akan diajar tentang niai ihram di miqat. Kemudian, panduan larangan ihram, mabit di Muzdalifah, melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjrah. Sesudah itu, anda akan dimaklumkan tentang mabit di Mina, dan melontar ketiga-tiga jamrah pada 11 – 13 Zulhijjah.
Miqat
Pembalajran lebih mendalam tentang miqat zamani (1 Syawal hingga fajar 10 Zulhijjah) dan miqat makani (tempat berniat mengikut kedudukan seperti Bi’r Ali, Qarn al-Manazil, Yalamlam, al-Juhfah).
Larangan ihram
Maklumat tentang 13 larangan ihram yang terbahagi kepada dua. Kategori pertama adalah Taraffuh iaitu bau-bauan, pakaian tertentu, tutup kepala (lelaki), tutup muka (wanita), minyak di kepala/janggut, sarung tangan, pendahuluan persetubuhan. Kategori kedua adalah Itlaf iaitu mencabut rambut/bulu, memotong kuku, memburu binatang, menebang pokok di Tanah Haram.
Dam
Bayaran atau “denda” yang dikenakan ke atas jemaah kerana tinggalkan wajib Haji, langgar larangan ihram, buat Haji Tamattu’/Qiran, atau terdapat halangan. Jemaah akan belajar tentang jenis-jenis dam seperti tertib dan taqdir, tertib dan ta’dil, takhyir dan ta’dil, takhyir dan taqdir.
Mabit di Muzdalifah
Berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 Zulhijjah hingga sebelum fajar, walaupun sebentar. Tinggal tanpa uzur akan dikenakan dam. Akhir sekali, jemaah akan dimaklumkan tentang amalan sunat ihram dan amalan sunat semasa di Muzdalifah.
Senarai video rujukan Kursus Asas Haji Minggu 05
Untuk alternatif, jemaah boleh muat turun versi PDF menggunakan pautan ini.
- Pengenalan Wajib Haji
- Wajib Haji 1: Niat Ihram Miqat
- Wajib Haji 2: Larangan Ihram
- Wajib Haji 3: Bermalam di Muzdalifah
- Wajib Haji 4: Melontar Jamrah Kubra
- Wajib Haji 5: Bermalam di Mina
- Wajib Haji 6: Melontar Ketiga-tiga Jamrah