Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Bagi musim Haji 2025, jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 8: Ibadah Umrah, Niat Bersyarat
Pengertian, Rukun, dan Wajib Umrah
Pengertian umrah
Mengunjungi Kaabah di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya. Tidak lengkap rukun umrah, maka tidak sah ibadah umrah.
Rukun umrah
- Niat
- Tawaf
- Saie
- Bergunting/Bercukur
- Tertib
Wajib Umrah (perlu bayar dam jika ditinggalkan)
- Niat Ihram di Miqat
- Larangan Ihram
Niat Ihram Umrah
Pakaian Ihram (Lelaki)
- Dua helai kain lepas (tak bercantum)
- Sehelai dipakai untuk tutup aurat (pusat ke lutut)
- Sehelai dibuat selendang
- Idtibaโ (nampak bahu kanan) hanya sunat dipakai semasa tawaf yang diiringi saie sahaja atau semasa saie sahaja
- Selipar / alas kaki yang nampakkan kelima-lima jari
Pakaian Ihram (Wanita)
- Hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan
- Tidak nampak bentuk badan
- Elak daripada bersolek tanpa keperluan – elak fitnah dan riak
- Disyorkan pakai stoking tebal dan panjang supaya tidak nampak aurat
- Elak daripada pakai cermin mata besar sehingga menutupi muka
Sunat Ihram
- Sebelum Niat
- Semasa Niat
- Selepas Niat
Niat & Miqat Ihram
- Niat
- Miqat
Larangan Ihram Umrah
Larangan Ihram yang perlu dijaga dan sekiranya terlanggar, boleh dikenakan dam.
Tawaf
Tawaf adalah aktiviti mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama mengikut syarat-syaratnya.
Syarat sah tawaf
- Yakin cukup 7 pusingan
- Mengekalkan niat tawaf sepanjang tawaf
- dilakukan di dalam masjidil Haram dan di luar binaan asal Kaabah
- Berjalan ke hadapan dengan Kaabah di sebelah kiri
- Bermula dan berakhir pada sudut Hajarul Aswad
- Suci badan, pakaian, dan tempat tawaf daripada najis
- Berwudhu
- Menutup Aurat
Saโie
Saโie adalah aktiviti berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukiit Marwah menurut syarat-syaratnya
Syarat sah Saโie
- Dilakukan selepas tawaf
- Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
- Yakin 7 kali ulang alik
- Hendaklah sampai hujung Bukit Safa dan Bukit Marwah
- Hendaklah melakukan Saie di tempat ditetapkan
- Mengekalkan niat Saโie
Barcukur dan Tertib
Bercukur adalah aktiviti selepas Saโie yang melibatkan menganggalkan atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan syarat-syarat sahnya.
Syarat Sah
- Selepas saโie
- Rambut di kepala
- Tidak kurang 3 helai rambut
Tertib adalah apabila proses umrah dilakukan mengikut aturan yang telah ditetapkan. Rukun Umrah ialah:
- Niat
- Tawaf
- Saโie
- Bergunting / Bercukur
Cara mengerjakan Umrah
Sebelum berniat
- Mandi sunat ishram
- Pakai pakaian ihram
- Sembahyan sunat ihram
Di Miqat
- Niat ihram umrah
- niat umrah di miwat
Selepas niat sehingga bergunting
- menjaga larangan dalam masa berihram
Selepas niat sehingga mula tawaf
- talbiah
Di Baitullah
- Tawaf umrah
Di Masโa
- Saโie umrah
Di Marwa / di mana-mana
- Bercukur atau bergunting
- Tertib laksanakan semua rukun
Niat Umrah Bersyarat
Tawaf Wadaโ
Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.