Kursus Asas Haji adalah program 10 minggu yang menyediakan bakal jemaah haji dengan ilmu-ilmu yang lengkap untuk mengerjakan haji. Jemaah yang terpilih untuk mengerjakan haji pada sesuatu musim diminta untuk menghadiri kursus ini pada setiap hujung minggu.
Kursus Asas Haji 2025: Jadual & soalan lazim
Berikut adalah senarai topik yang akan dipelajari.
- Minggu 01: Sejarah dan Pengenalan Tanah Suci Makkah dan Madinah
- Minggu 02: Falsafah Penyucian Jiwa
- Minggu 03: Rukun Haji
- Minggu 04: Wajib Haji
- Minggu 05: Jenis dan Cara Mengerjakan Haji
- Minggu 06: Aurat, Izin Suami, Taharah dan Solat
- Minggu 07: Fiqh Wanita
- Minggu 08: Ibadat Umrah, Niat Bersyarat
- Minggu 09: Kesihatan dan Haji
- Minggu 10: Pengurusan Haji
Minggu 10: Pengurusan Haji
Istito’ah
Istito’ah bermaksud kemampuan daripada aspek penyediaan perbelanjaan untuk pergi ke Tanah Suci, semasa berada di sana dan balik semula ke negara asal serta memiliki wang bagi menyara keluarga yang ditinggalkan. Antara yang perlu diambil kira adalah:
- Kesihatan yang baik
- Kuota / Visa
- Kesempatan masa
- Aman dalam perjalanan
- Kenderaan pergi balik
- Bekalan / nafkah
- Tambah pergi balik

Pendaftaran Haji
Menjadi pendeposit Tabung Haji tidak bermakna anda telah mendaftar haji. Syarat-syarat pendaftaran haji:
- mempunyai baki mencukupi setiap masa (RM1,300 setakat ini)
- mereka yang telah menunaikan haji tidak oleh mendaftar haji untuk kali kedua
Kaedah mendaftar haji termasuklah di:
- kaunter
- mesin ATM
- atas talian
- aplikasi THijari

Pemilihan Bakal Haji
Cara pemilhan bakal haji:
- Langkah 1 – Pemilihan bakal haji dilakukan secara automatik secara automatik dengan dasar yang dahulu, didahulukan
- Langkah 2 – Sekiranya tiada jawapan sehingga akhir ramadan, permohonan rayuan dianggap tidak berjaya
- Langkah 3 – Syarat menerima tawaran haji
Syarat-syaratnya adalah:
- Menjawab tawaran dalam tempoh yang ditetapkan
- Mencukupkan bayaran kos haji
- Mendapatkan mahram bagi wanita berumur 44 tahun ke bawah
- Perlu lulus pemeriksaan kesihatan

Persiapan Diri
Dokumen untuk permohonan visa:
- Passport Malaysia antarabangsa dengan tarikh tamat sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tarikh wukuf tahun semasa dan ada 4 muka surant kosong.
- Gambar untuk visa berukuran 4 x 6 cm berlatar belakang putih.

Proses Keberangkatan
Proses keberangkatan:
- Bakal Haji akan menerima passport dan barangan kelengkapan di stesen berlepas masing-masing semasa melapor diri untuk berlepas ke KLIA.
- Bakal Haji hendaklah berlepas mengikut Surat Jadual Penerbangan yang ditetapkan dan TIDAK dibenarkan membuat pertukaran.
- Surat Jadual Penerbagnan dikeluarkan Pejabat Cawangan TH mulai akhir Ramadan secara berperingkat.

Pergerakan Jemaah di Tanah Suci
- 8 Zulhijjah jemaah berada di Masjidil Haram
- 9 Zulhijjah jemaah berada di Arafah
- 10 Zulhijjah jemaah berada di Arafah
- 10 hingga 13 Zulhijjah jemaah berada di Mini

Kos dan Bayaran Haji serta Bayaran Dam dan Qurban
Perkhidmatan yang disediakan TH:
- Sajian
- Pengangkutan
- Penginapan
- Khemah Masya’ir
- Mutawif
- Perubatan
- Petugas Haji
- Bimbingan
- Kursus-kursus Haji
- Kaunseling
- Kaunter Kewangan
Berikut adalah kadar bayaran Dam & Qurban
- Dam – Qibas (RM494.50), Lembu (RM4,025)
- Qurban – Qibas (RM563.50), Lembu (RM4,025)

Perkhidmatan Pakej Haji
Bakal haji boleh menunaikan haji secara pakej yang disediakan TH Travel Services ataupun agensi perlancongan yang dilesenkan berdasarkan perkhidmatan yang disediakan:
- Taraf hotel / bangunan
- Muatan sebilik
- Jumlah nisbah petugas dengan jemaah
- Jarak hotel / bangunan ke Masjid
- Sajian makan secara bufet
- Perkhidmatan khas Masya’ir

Kendiri
- Bakal haji perlu menyesuaikan deri dengan kesesakan lebih 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia dengan pelbagai ragam dan budaya
- Sentiasa berdikari kerana petugas yang terhad
- Bakal Haji hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni serta saling tolong-menolong semasa di Tanah Suci.

Anda boleh layari laman rasmi Tabung Haji untuk maklumat lanjut.